Hari ini para ibu bapa digemparkan dengan gambar seorang bayi dengan keadaan belakang badannya yang melecur seolah-olah terbakar sehingga kulitnya menjadi seperti melecur akibat dibakar.
Menurut ibu bayi itu, Zulaikha Haris berkata, pada mulanya bayinya itu tidak menunjukkan sebarang kesan perubahan fizikalnya selepas disuntik pada 5 Disember lepas. Tetapi si kecil asyik menangis dari petang sampai ke malam.
"Pada keesokan harinya, bila saya nak lap badan dia tengok satu tompok seperti dibakar, bila dipegang memang rasa panas sampai pergi ke klinik pakar kanak-kanak pun tak berani nak check sehingga buat surat untuk hantar bayi ke hospital,” katanya.
Bayi yang tidak didedahkan namanya itu kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan terpaksa dimasukkan ke wad.
Baca status penuh Nik Jamila Hilmi Yahya di bawah:
(selepas dari inject 5serangkai utk 3bulan pd tarikh 5/12/13. Petang tu terus meragam smp mlm menangis lepastu keesokan harinya jugak. Bila pegang je sakit. Memula tkda kesan sbb saya igt demam biasa akibat dr injection tu. bila esoknya saya nak lap badan dia tengok2 seketul tompok seperti dibakar, bila dipegang mmg rasa pns. Smp pergi ke klinik pkar kanak2 pun tk brani nak check then buat surat utk hantar ke hospital.
Skrg sy berada di PPUM. Da 3hari anak admited. Gambar tu dr hari pertama sampai ketiga. Blister pun bila pecah jd nanah. Tk sggup sy tgk ank tseksa mcmni.)
pls..kaji dulu vacc sebelum anda memberinya pada anak2..pls..kesian ur baby..this photo from group member..sy dah minta izin beliau utk sharekan..sy sgt sedih tgk baby jadi camni, bayangkan parent baby ni lagi sedih..so korang rasa vacc kite zaman 80-an dulu sama ke dengan zaman skrg kalau ada juga manusia bebal yg ckp --kite dulu amik vacc, hidup, sihat..xde pape pun smpai skrg! ----- korg rasa sama ke kandungan dan jumlah vacc kite zmn dulu kala dgn zmn skrg? pls..open ur mind! jgn diperkuda kan oleh farmasi yg buat vacc tu.
Status di atas telah dikongsi oleh 5,648 pengguna Facebook dan menerima sebanyak 2,144 likes. Begitu cepatnya perkara ini tersebar, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah puncanya dan My Media pasti berita sebegini menimbulkan senyuman kepada kumpulan-kumpulan anti suntikan vaksin pada bayi.
Beberapa comment yang menarik di bawah
Ini pula mereka yang mendakwa suntikan vaksin bukan punca kepada masalah bayi tersebut.
Comment ibu kandung bayi tersebut menafikan segala dakwaan yang tidak betul. Ibu bayi tersebut yakin bahawa suntikan vaksin itu adalah punca sebenar kepada masalah bayinya.
Kes ini masih baru dan segar dan pada masa ini mungkin telah sampai ke telinga Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika tidak ditangani segera, pasti akan menimbulkan rasa was-was para ibu untuk mengambil suntikan di klinik kerajaan. Tambahan pula, wujudnya kumpulan yang sememangnya anti suntikan vaksin ini akan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukan pengambilan suntikan vaksin itu.
Diharapkan semua pihak bertenang dan hentikan spekulasi yang tidak betul. Biarlah pihak yang terbabit menyiasat punca sebenar permasalahan. Kerana, jika benar suntikan vaksin itu tidak selamat pada bayi, mengapa perkara yang terjadi pada bayi Zulaikha Haris tidak pernah ditimbulkan sebelum ini?
No comments:
Post a Comment