Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

Ancaman GULING KERAJAAN PERKASA KERIAN Buat Laporan POLIS !! @muaamarghadafi @mparitbuntar @khairykj @azwanbro

Pergerakan PERKASA KERIAN di ketuai Ketua Wira Perkasa Sdr Shahril Anuar Mat Halili petang tadi telah membuat satu laporan polis di IPD Bagan Serai untuk mendesak supaya satu siasatan di lakukan ke atas tindakan berupa ancaman untuk menggulingkan kerajaan yang telah di rancang akan di adakan pada 31 Disember 2013 nanti.


Cubaan menghasut rakyat agar turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi dalam pilihanraya yang di persetujui oleh semua pihak itu di lihat sesuatu yang amat membahayakan apatah lagi ianya akan menimbulkan kekacauan serta kemudaratan kepada negara.

Justeru itu pihak polis di minta untuk mengambil tindakan yang sewajarnya khusus bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

Bertindak dan HALANG adalah langkah yang paling praktikal memandangkan dalam siri perhimpunan haram sebelum ini kita sudah menyaksikan bukan sahaja kerosakan harta benda tetapi juga nyawa anggota keselamatan sendiri pun terancam.




Ngo-Ngo lain yang terlibat yg membuat laporan polis

1. Perkasa Daerah Kerian
2. Wira Perkasa Daerah Kerian
3. Pemadam 
4. Setia negeri perak
5. Persatuan seni silat helang putih daerah kerian
6. Umno cawangan matang pasir 


Justeru itu perkasa meminta pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan menahan dan mendakwa semua penganjur yg terlibat di dalam menganjurkan himpunann turun pada 31 Disember ini. 

Pihak pembangkang khususnya tidak berhak untuk mengheret lagi rakyat ke jalanan serta melibatkan rakyat yg tidak bersalah dalam himpunan itu nanti. Kita khuatiri juga siri himpunan yg bakal diadakan ini nanti bakal mencetuskan kekacauan yg mungkin dirancang untuk menggulingkan kerajaaan secara berdemonstrasi


No comments:

Post a Comment