Nuffnang

Friday, November 29, 2013

'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa' - Persidangan #MahasiswaNasional 2013 @tunfaisal @razaliibrahim @shaberyc @drnovandri @dzainalabidin


KUALA LUMPUR, 28 Nov-- Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.
"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.



"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini Khamis.
Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab Umno Luar Negara (KULN) dan Biro IPT Umno itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

"Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi Umno," katanya.
Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung Umno 2013.


JOM Follow Twitter Rasmi Persidangan Mahasiswa Nasional
<<KLIK SINI>>
Fan Page Persidangan Mahasiswa Nasional
<<KLIK SINI>>




Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.
Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. - BERNAMA

1. PBR dipahamkan bahawa Seramai 75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa    dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di    PWTC pada 1 Disember ini.

2. Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para     pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada  2 hingga 7 Disember ini.


3. Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara.

4.“Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan Kelab UMNO  Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi  golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee).
“Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk       konvensyen, seminar, dialog dan forum,”kata beliau kepada wartawan pada Khamis.


5. Jelas beliau, pendekatan baru ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah  bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dan melatih mereka agar berfikiran kritis,memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara “Pada penghujung persidangan ini, mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan  dalam bentuk resolusi kepada kepimpinan tertinggi UMNO,”ujar beliau. 


Sumber - 1Peluru.Blogspot.com

No comments:

Post a Comment