Nuffnang

Saturday, November 23, 2013

Macam Rasis Jer! Hospital Bangsa apa ini??


KKM Gantung Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Dan Pusat Perubatan Cina N.S

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina N.S. (NSCMH) digantung, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.

"Pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu yang bertarikh 21 Nov dihantar kepada Bernama di sini Jumaat.

Katanya hospital itu tidak dibenarkan menerima pesakit baharu dan pesakit sedia ada di dalam wad akan dipindahkan ke hospital-hospital lain kerana kementerian mengutamakan keselamatan pesakit dan penjagaan kesihatan berkualiti.

Dr Noor Hisham berkata langkah penggantungan itu diambil susulan siasatan terperinci terhadap aduan diterima kementerian pada Ogos dan dibuktikan menerusi penemuan diperoleh semasa lawatan pengesaham dilakukan di premis hospital itu pada 4 Sept.

"Kementerian telah dua kali mengeluarkan surat tunjuk sebab iaitu pada 18 Sept dan 21 Okt meminta hospital itu memberikan butiran terperinci berhubung langkah penambahbaikan yang telah diambil dan langkah yang dirancang untuk mengatasi 10 pelanggaran itu," katanya.

Beliau berkata satu mesyuarat khas telah diadakan pada 17 Okt untuk bertemu wakil hospital itu dan ahli seumur hidup NSCMH, bertujuan memberikan penjelasan terperinci berhubung 10 pelanggaran itu yang dikesan semasa lawatan pengesahan dan juga membincangkan penyelesaian sesuai terhadap masalah dihadapi hospital itu.

"Pengurusan hospital diberi masa 14 hari bekerja untuk menjawab surat tunjuk sebab kedua bertarikh 21 Okt dan tempoh itu tamat pada 8 Nov.

"Berikutan kegagalan pihak pengurusan hospital mengatasi dan menangani dengan sewajarnya 10 pelanggaran itu, kementerian tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan notis penggantungan perkhidmatan pesakit di dalam wad di hospital itu bagi memastikan amalan perubatan selamat dan melindungi kepentingan pesakit," katanya.
-- BERNAMA


Isu pengantungan Hospital tersebut bukanlah pekara pokok yang PBR mahu bincangkan, TETAPI 
sejauhmana mereka ini SEDAR diri bahawa kejayaan mereka membuka hospital CINA ini di bawah pemerintahan  Kerajaan Barisan Nasional. Jika nama orang ( Nama insan berbangsa Cina) OK laa boleh diterima. macamana jenis ENTITI jenis ini dibenarkan  oleh kerajaan??? 

terfikir jugak Apa kenapa perlu ada Hospital yang perlu penjenamaannya jenis-jenis Kaum. Entiti seperti ini,  apaPula Karpal Sinki Akan bercakap/bersuara?? tetapi yang menjadi kemusykilan PBR adalah mereka ini,adalah sikap tidak mengambil berat langsung pengunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengiklanan mereka ini. tunggang langgang!! macam tidak pernah duduk di Malaysia.





gambar di atas PBR cilok dari webpage hospital berkenaan. hurmmm memang SAH diorang ni halal balai jer pengunaan Bahasa Rasmi Kebangsaan Malaysia ini . Dari Logo sampai ke Iklan memang hampeh! Apa yang PBR harapkan pihak-pihak berkenaan boleh menambah baik proses berkenaan, TOLONG masukkan elemen hospital ini ada BETUL-BETUL kat Malaysia.  


No comments:

Post a Comment