KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.
“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.
“Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE
~PBR sambut baik keputusan kerajaan BN memberi jaminan pada kita untuk bertindak terhadap NGO Pro Pakatan Rakyat ini. Muak Mual Jelik dengan permintaan COMANGO PBR berharap lebih ramai lagi akan menentang kehendak kumpulan ini yang bagi diri PBR sendiri melihat sudah keterlaluan.

No comments:
Post a Comment