Nuffnang

Wednesday, November 27, 2013

Facebook Palsu! Pelajar UMP Berpeluk Dalam Tandas Buat Laporan Polis

Gambar itu didakwa dimuat naik di Facebook oleh pasangan tersebut. Namun, wanita berada didalam gambar tersebut yang dikenali sebagai Fatihah Hakema membuat kenyataan bahawa akaun Facebook itu adalah palsu.  

                    


Menurut sumber, teman lelaki wanita berkenaan sebenarnya telah memuat naik gambar itu mungkin dengan tujuan memalukan dirinya di internet.

Semuanya gara-gara ingin memutuskan cinta, penuntut universiti berkenaan kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya itu.

Namun, menerusi beberapa laman blog, pelajar wanita UMP tersebut telah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar terbabit. Terdapat dua laporan dibuat. Laporan pertama adalah pada April tahun dan dan laporan kedua semalam.


Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS). Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi..

“Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita. Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati.”

Menurut laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi semasa mereka berada di kafe universiti.

Laporan polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog. Penuntut berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya. Wanita itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.

Tetapi, nasi sudah pun menjadi bubur sekarang. Seharusnya beringat dahulu sebelum membuat sesuatu perkara supaya tidak menyusahkan kita kelak.





No comments:

Post a Comment