Nuffnang

Sunday, October 13, 2013

Tok Ali BIDAS LGE



KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sebuah portal yang mengibaratkannya sebagai pejuang Nazi kerana menghina kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina.

"Adakah salah saya mempertahankan perlembagaan yang melindungi hak-hak orang Melayu, Bumiputera dan Islam yang cuba dihapuskan oleh DAP.

"Beliau (Lim) perlu cermin diri dia dahulu kerana sikap kuku besinya dalam DAP sendiri," katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan calon anggota majlis tertinggi dan pergerakan sayap Umno di sini hari ini.

Portal berkenaan hari ini melaporkan gesaan setiausaha agung DAP itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Ali atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin Umno terus menyebar fitnah ke atas pembangkang.

Calon Naib Presiden Umno itu tidak hairan dituduh rasis oleh pembangkang kerana perjuangannya terhadap hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata tuduhan dan cemuhan pembangkang tidak mematahkan semangatnya memperjuangkan perlembagaan, khususnya dalam mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan rakyat beragama Islam di negara ini. 

No comments:

Post a Comment