Nuffnang

Thursday, October 3, 2013

Tindakan BERANI Puteri UMNO Parit Buntar! @Amrinams @MuaamarGhadafi @emysamsudin @SabrinaAzizan



Siapa Minah Cun melecun dalam gambar ni? Jadi bualan di sekitar Parit Buntar sejak akhir akhir ini.Dengar ceritanya minah ni bakal pemimpin betulkah? Tindakan berani!



Ceritanya Gadis yang dimaksudkan ialah saudari Amrina md saad yang begitu berani menawarkan diri sebagai calon KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR.Ada yang kurang senang dengan sifat keberanian dimiliki yang juga lantang didalam memberi idea berkaitan Parti keramat iaitu UMNO.Perjalanan beliau didalam politik juga menarik ini yang ditakuti oleh pihak PR bagi menghadapi PRU14 kelak.

Al-Kisahnya begini soalan demi soalan LAYAKKAH AMRINA menggalas tanggungjawab sebagai KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR?

Kepimpinan Puteri Cawangan Titi Serong mula terbentuk pada tahun 2004 setelah adanya sambutan dari golongan belia tempatan.Tanggal Julai 2004,Pihak jawatan kuasa tertinggi UMNO cawangan yang dipersetujui oleh Bahagian Parit Buntar telah melantik AMRINA MD SAAD sebagai Ketua Peneraju Puteri UMNO Cawangan Titi Serong dalam memimpin semua ahli di samping membawa PERUBAHAN yang dinamik dan kreatif dalam membentuk pembaharuan serta menjadi sayap penting dalam kepimpinan politik UMNO Bahagian,Negeri mahupun Pusat.


Usia muda bukan 1 penghalang untuk kita sebagai khalifah memegang tanggungjawab sebagai pemimpin sekiranya keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu.Walaupun usianya muda,kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kepimpinan kecil ini mencabar kredibiliti kepimpinanya dalam sesebuah organisasi.Perlantikannya dikala seawal usia 20 tahun merupakan satu cabaran besar dalam menguji kemampuan,kesabaran,ketabahan dan kebijaksanaan dalam dunia kepimpinan.

Sejak belajar di Universiti Utara Malaysia lagi beliau telah pun aktif dalam kepimpinan sehingga dilantik sebagai salah seorang Ahli Perwakilan Pelajar bagi menjaga kebajikan dan menjadi ikon pelajar dalam pemudah cara bagi semua pelajar denga  pihak pentadbiran universiti.Minatnya untuk melibatkan diri dalam kegiatan luar sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau sendiri telah merencanakan program bukan sahaja untuk pelajar universiti bahkan melibatkan program bersama masyarakat luar.


Segala PENGALAMAN yang saudari AMRINA MD SAAD ini harus dikongsikan bersama masyarakat PARIT BUNTAR.Beliau harus diberi peluang untuk dalam mengadaptasi dan mempraktikalkan ia di sebaiknya di alam pekerjaan dan terus belajar berbakti untuk masyarakat setempat bermula di kampung halaman.

Apakah AMRINA LAYAK? JOM LIHAT PROFILNYA


BUTIRAN YANG MELAYAKKAN BELIAU MENGGALAS TUGAS KETUA PUTERI

Nama : Amrina Md Saad

Tarikh Lahir : 27 November 1984

Asal : Parit Buntar,Perak

Pendidikan :

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
                       
Master Sains (Ekonomi)

Jawatan Pertubuhan :

Ahli Kelab Rukun Negara di UUM
                                       
Majlis Perwakilan Pelajar UUM
(Exco Pembangunan komuniti dan Integrasi kaum)

Jawatan dalam politik UMNO :

Ketua Puteri UMNO caw Titi Serong
                                                                                                       
Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Buntar
                                                     
Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B Parit Buntar

AJK Gerakan Belia 4B Perak

AJK Biro Ekonomi UMNO Parlimen Parit Buntar

Exco MAYANG Parlimen Parit Buntar

Ketua Penerangan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW).

TENTANG CALON KETUA PUTERI BAHAGIAN PARIT BUNTAR LAGI :



Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Buntar, AMRINA MD SAAD menawarkan diri bertanding demi memperkasakan puteri UMNO Bahagian Parit Buntar dan mengembalikan keyakinan golongan wanita muda semua peringkat untuk bersama-sama puteri UMNO Bahagian memperjuangkan maruah dan martabat bangsa dan agama.

Pengalaman kepimpinan lalu memberi lebih keyakinan untuk memimpin puteri UMNO diperingkat bahagian dengan lebih baik bagi memperkasakan wanita muda dalam segala segi termasuk pendidikan, ekonomi dan kebajikan terutamanya ahli puteri itu sendiri selain mewujudkan keharmonian dan sifat kekeluargaan dalam melakukan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat.

Menurut beliau, " Berbekalkan hanya pengalaman kecil sebagai Ketua Puteri Umno Cawangan Titi Serong selama 9 tahun, Naib ketua puteri UMNO Bahagian selama 5 tahun dan ecxo Majlis Perwakilan Pelajar ketika belajar di UUM, Dengan ini saya bertekad untuk mengaplikasikan segala ilmu kepimpinan tersebut dalam usaha meramaikan ahli, menambahkan cawangan puteri serta memastikan relevannya puteri UMNO dalam membantu kemenangan pilihanraya yang ke 14 pada masa akan datang.

InsyaAllah. Sekiranya ada keizinan dari Allah SWT kepada saya memimpin barisan puteri UMNO bahagian, saya dengan hati yang terbuka dan rela akan membantu seluruh ahli dalam memimpin puteri di peringkat bahagian mahupun cawangan selain berkongsi ilmu pengetahun yang ada serta akan berusaha menjadi pemudah cara yang terbaik bagi pihak kerajaan dan masyarakat setempat."

P/s : Blog #PBrebel menyokong penuh AMRINA MD SAAD menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Parit Buntar kerana sejajar dengan saranan meremajakan UMNO kali ini dari diserang penyakit uzur.UMNO memerlukan kepimpinan muda yang penuh idea dan dinamik tambah tambah di Parit Buntar yang sudah di anggap "Hidup segan Mati tak mau".

PBR kata : Mana tak nya lagi lagi muka yang sama ja Transformasi apa tu?

    

1 comment:

  1. Open Ceremony
    Friday, November 15 at 10:00am
    D'Qaseh Spa N Beauty in Pulau Pinang
    50 pelanggan yang pertama akan mendapat diskaun sebanyak 30%
    - 40% kepada Puteri Umno Parit Buntar.... Kita satu rumpun....Silalah ke Muslimah D'Qaseh Spa N Beauty Kami

    www.dqasehspa.tk

    ReplyDelete