Nuffnang

Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau Pengerusi SPR kecewa tindakkan penyokong @Apterkini @CekOrgKedah @N20SgLimau @APterkini


YAN – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau kecewa dengan tindakan sesetengah penyokong calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau kerana tidak mematuhi peraturan berkempen pada hari penamaan calon di sini hari ini.


Tanpa menamakan penyokong parti terbabit yang melanggar peraturan itu, beliau berkata terdapat penyokong calon terbabit membuat bising serta menggunakan pembesar suara.
Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon untuk PRK Dun Sungai Limau di Dewan Dato’ Madi di sini hari ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon Pas Mohd Azam Abd Samat, 37.
Beliau berkata SPR telah beberapa kali memaklumkan kepada parti-parti yang bertanding berhubung peraturan berkempen yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya, tetapi hari ini ada beberapa pihak yang melanggar peraturan itu.


Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 turut melarang penggunaan alat pembesar suara untuk tujuan politik dengan apa jua cara atau digunakan di dalam atau di atas sebarang kenderaan danbinatang pada hari penamaan calon.
Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Abdul Aziz turut menasihati calon BN dan Pas yang bertanding pada PRK kali ini supaya sentiasa menghormati peraturan undang-undang yang ditetapkan serta berkempen secara berhemah dan tidak memburuk-burukkan pihak lain.
Katanya pengundian kali ini akan turut menggunakan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari yang telah dilaksanakan pada PRK Dun Kuala Besut Julai lepas, memandangkan setakat ini tiada aduan atau rasa tidak puas hati diterima berhubung kaedah itu, menurut sumber Bernama.

Beliau juga berkata BN dan Pas kini boleh memasang bendera pilihan raya bermula hari ini hingga 12 tengah malam 3 November ini, iaitu sebelum hari pengundian pada 4 November.
PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada Pas, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 September lepas.

PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon  BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, menentang calon Pas Mohd Azam Abd Samat, 37.

-kualalumpurpost

No comments:

Post a Comment