Nuffnang

Friday, October 25, 2013

#PRKSgLimau Bang Non Cuba Beli Ketua Bahagian UMNO untuk mengagalkan kempen @BN4PRK @APterkini


SIAPA EMPAT ORANG BEKAS KETUA BAHAGIAN DI KEDAH YANG CUBA DIBELI OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK KACAU KEMPEN UMNO-BN DI SUNGAI LIMAU????çMaklumat yang kami terima malam tadi menyebut empat orang bekas Ketua Bahagian di Kedah yang telah dihubungi oleh Anwar Ibrahim dan ditawarkan sejumlah wang yang besar nilainya bagi tujuan menggagalkan kempen UMNO-BN.

Anwar Ibrahim dikatakan melihat peluang yang lebih besar sekiranya jentera kempen UMNO-BN digagalkan oleh pemimpin-pemimpin dan golongan kecewa dari UMNO sendiri.

Justeru empat nama telah disebut dan keempat-empat nama berkenaan telah pun dihubungi secara peribadi oleh Anwar. Salah seorang daripada mereka adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Jerai sendiri!

Barangkali kerana sudah terlalu terdesak apatah lagi Anwar perlu membuktikan sesuatu di Sungai Limau, maka Anwar kembali dengan perangai semulajadinya iaitu membeli orang upahan dari parti lawan. Pada masa yang sama, dia dan konco-konconya akan mula memperkatakan tentang nilai berpolitik bagi melindungi perbuatan jahatnya, sepertimana yang dilakukannya menjelang 16 September 2008.

No comments:

Post a Comment