Nuffnang

Saturday, October 5, 2013

PAS puji Kerajaan BN Perak




Kuala Lumpur  -  Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak berikutan perkembangan ekonomi yang semakin pesat di negeri itu.

Koordinatornya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, berdasarkan rekod, Perak mencatatkan pencapaian 7.1 peratus untuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun lalu.

'Kami merakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian pertumbuhan ekonomi negeri Perak ini', katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad bagaimanapun mendakwa, pencapaian itu berikutan ketenteraman politik di Perak yang menyumbang kemasukan pelaburan asing secara tidak langsung.

Dakwanya, ketenteraman itu dikecapi kerana pakatan pembangkang Perak bertekad mengembalikan keharmonian setelah berlaku pergolakan dan krisis Perlembagaan pada 2009.

'Inilah jaminan penting kepada mana-mana parti politik yang kalah dengan menghormati keputusan yang telah diberikan oleh rakyat', dakwanya lagi  -  mynewshub.com

No comments:

Post a Comment