Nuffnang

Sunday, October 6, 2013

MalaysiaSpinner-Semalam dipesan hari ini buat lagi


Baru saja diberi nasihat MalaysiaKiri sudah mula spin walau telah ditegur oleh DS Zahid Hamidi semalam dah mula putar belit kenyataan.




Kita tentu tergelak besar apabila membaca kenyataan ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar Fathi yang 'menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.



"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya.

Kita semua tahu portal SorosKini Malaysiakini adalah pro-pembangkang dan adalah jurisduksi mana-mana pihak menolak portal tersebut sama seperti yang dilakukan oleh Anwar dan kerajaan DAP terhadap TV3 dan media perdana.

Dan betapa angkuh dan 'hebatnya' spin portal Soroskini Malaysiakini itu :
Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri."
Tetapi yang memalukan tentang portal Soroskini Malaysiakini ini kenyataan wartawan veteran, YL Chong yang mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita propembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.

Menurut Chong lagi, Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas Malaysiakini, Steven Gan pernah mengakui portal itu akan 'mati' jika mengaku menerima dana daripada Soros!

Bekas orang kuat Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor turut mendedahkan kaitan portal pro-pembangkang itu dengan penyangka Yahudi, George Soros.
"Portal Mkini dotcom berjumpa dengan Soros sebagai hamba dengan tuan, kepentingan mereka sama, meruntuh negara yang berdaulat, katanya.

Menurut Ezam pertemuan badan operasi Anwar, Mkini dotcom sebagai ‘penerima’ dengan 'penaja'.

“Satu pihak tadah tangan sebagai hamba dan satu pihak lagi pemberi dana sebagai tuan.



"Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi,” katanya lagi.

"Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

Sebelum ini juga terdapat laporan :

Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, penglibatan portal Malaysiakini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.

"Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros, dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna, sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.

"Malaysiakini semua ada kaitan, kesemuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal propembangkang, Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.
Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

No comments:

Post a Comment