Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.
Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy “pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”
Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.
Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.
No comments:
Post a Comment