Nuffnang

Tuesday, October 1, 2013

HUTANG NEGARA-MALAYSIA AKAN BANGKRAP TAHUN DEPAN?

HUTANG NEGARA
------------------------

Ini adalah isu lama ... Isu sebelum pilihan raya... Yg mana kerajaan gagal menjelaskan kepada rakyat dgn baik... Mereka menjelaskan isu ini mengikut kefahaman mereka sebagai ahli ekonomi... Kalu yg mendengar penjelasan itu penyokong BN... Mereka faham... Tetapi kalau yg dgr itu manusia2 yg otakny tinggal suku shj (penyokong PR) ..... Mereka akan telan shj apa yg pemimpin depa kata... Lepas tu ... Vara-vara merata2 (^_^))

Hutang negara terbahagi kepada 2 bahagian.. Iaitu :
A) external debt
B) Internal debt


Antara keduanya... Yg mana akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara? Yg mana akan di gunakan sebagai indikator utama pelabur? Yg mana di gunakn sebagai penentu bankrapnya sesebuah negara?

Jawapan: Sudah tentu "external debt"

#External debt

Ini adalah hutang negara yg sebenar.. Hutang di mana negara meminjam wang dari luar utk urusan pembangunan & pengurusan negara... Jika anda lihat track record pinjaman negara... Kita tak pernah lewat membayar hutang.. Malah hutang yg kita pinjam habis dari tempoh yg sepatutnya... (^_^)).. Baguskan kerajaan kita...

#Internal debt

Hutang ini terbahagi pula kpd 3 komponen iaitu:
A) Hutang kerajaan persekutuan
B) Hutang sektor swasta
C) Hutang Perbankan dan non- perbankan.

Utk pengetahuan semua, hutang kerajaan persekutuan hanya lah 2.2% daripada "internal debt"... Selebihnya adalah hutang yg di perolehi dari bahagian (B) & (C)

Apa maknanya?

Hutang sektor swasta spt TM, TNB, Petronas dan sebagainya juga termasuk di dalam hutang negara.. Sekiranya kita tak membayar bil2 dan menyebabkn organisasi tersebut mengalami kerugian ... Mereka akan meminjam utk mengatasi kerugian yang ada... Dgn kata lain... Mereka akan menyumbangkan hutang dalaman negara...

Begitu juga perbankan di Malaysia... Mereka terlibat dgn pelbagai investment yg ada... Yg juga penyumbang kepada hutang dalaman negara... Lebih menarik... Hutang yg kita buat dgn pembelian rumah, pinjaman peribadi, beli kereta... Juga penyumbang kepada hutang dalam negara... Itu sebabnya... Dasar baru dalam pinjaman perumahan dan kenderaan yg di perkenalkan oleh kerajaan baru2 ini... Adalah salah satu langkah mengurangkan beban hutang dalam negara..

#Kesimpulan... (#MestiBaca)

#Internal vs #External debts

1) Sepertimana yg aku katakan tadi... Antara kedua jenis hutang ini... External debt adalah hutang yg paling bahaya... Boleh menyebabkan negara bangkrap ...

2) Menurut Philip Bagus, pakar ekonomi German, external debt adalah 4 kali ganda bahaya dari internal debt... Bukan beliau sahaja ... Malah beratus2 pakar ekonomi yg ada perkara yg sama... Dan kita tidak risau dgn internal debt kerana kita menggunakan nilai mata wang kita.. Tidak seperti external debt...

3) #TahukahAnda : external debt kerajaan Malaysia hanya lah 5 % dari hutang keseluruhan.... Dengan kata lain, internal debt negara adalah penyumbang terbesar dalam hutang negara (95%)... Dan dari 95% ini... Hanya 2.2% sahaja hutang kerajaan persekutuan.. Selebihnya adalah hutang dari sektor swasta dan juga perbangkan... Yg mana, kerajaan tidak campur tangan (secara direct) dgn hutang sector2 ini.

4) #TahukahAnda :
a) Rezab dalaman negara adalah RM 430 billion
b) Rezab antarabangsa negara adalah RM 680 billion
c) Simpanan negara adalah RM 43 billion.
*Info April 2013

5) Jadi apa yg perlu nak di risaukan dgn hutang keseluruhan negara yg sebanyak RM 600 billion .., yang mana hutang sebenar kerajaan persekutuan adalah ; 5% dari hutang tersebut adalah external debt, dan.. 2.2 % dari internal debt...

6) Apa perlu dirisaukan jika debt to GDP ratio negara hanya 53%.. Dgn kata mudah nya... Hutang negara adalah 53% dari pendapatan negara..

7) Apa perlu di risaukan jika, kadar pertumbuhan negara kini antara 5-6 % berbanding dgn pertumbuhan ekonomi dunia (global) iaitu hanya 3%...

************************************
Maka, jangan mudah terpedaya dgn dakyah2 pembangkang.. Dan kepada penyokong pembangkang... Kembalilah kepangkal jalan... Kamu dah cukup hancing di kencing oleh pemimpin2 kamu

***Kebanyakkan info yg sy perolehi di atas adalah dari seorg sahabat saya, juga pakar ekonomi, pernah memegang jawatan sebagai "Head of Risk", Jabatan Perdana Menteri.... Kemudian menjadi Admin of World Bank.... Dan kini beliau adalah salah seorg tenaga pengajar (Lecturer) di salah sebuah university tempatan... Terima kasih sebab berkongsi banyak perkara (^_^))...
*Mana ada negara yang takde hutang? Kalau ada penyokong pembangkang yang kata hutang negara dah kritikal sebab hampir mencecah 60% dari GDP, habis yang jiran kita ni tak kritikal ke? Kalau Anwar Ibrahim atau Rafizi atau mana-mana pemimpin / penyokong pembangkang cuba nak mainkan isu ini, cuba tanya mereka berapa peratus hutang dalam negara dan berapa peratus pula hutang dalam negara. Ingat, negara akan bermasalah bila cuba meningkatkan hutang luar negara seperti mana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan meminjam dari IMF.

No comments:

Post a Comment