Pages
Nuffnang
Thursday, October 17, 2013
Beri JAKIM Kuasa MUTLAK Untuk Tanggani SYIAH @APterkini @NajibRazak @Jakim @DrNovandri @tunfaisal
Undang-undang agama disifatkan lemah dan perlu diperkuatkan bagi menangkis fahaman songsang dan kecelaruan agama Islam di negara ini.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Md Zain Al-Ghari berkata, dengan kelemahan itu, pihak yang tidak bertanggungjawab senang untuk mengambil kesempatan terhadap umat Islam di negara ini.
“Bila undang-undang agama lemah, maka macam-macam yang datang, antaranya fahaman Syiah, ajaran sesat serta fahaman Wahabi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diberikan kuasa agama untuk menangani masalah penyelewengan agama termasuk ajaran Syiah yang semakin menular di negara ini.
“Sudah sampai masanya Jakim diberikan kuasa veto dan tidak hanya berfungsi sebagai badan penyelaras untuk program keagamaan sahaja. Apabila tidak ada undang-undang atau undang-undang yang sedia ada lemah, maka ada sajalah yang datang mengganggu,” katanya di Seminar Mendepani Virus Syiah di Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.
Menurutnya, fahaman yang terpesong itu wujud dan berleluasa di negara ini kerana tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Undang-undang perlu diperkuatkan. Dapat saja mereka yang terlibat menyebarkan fahaman berkenaan, tangkap dan masukkan mereka ke penjara. Bila kena penjara dalam tempoh yang lama, maka penyebaran fahaman juga akan terganggu.
“Malangnya dalam hal ini, Jakim tidak ada kuasa di peringkat pusat. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah perlu meminta kuasa sama ada dari Parlimen atau Majlis Raja-raja,” katanya.
Zamihan berkata, kurangnya kuasa diberikan kepada Jakim menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab semakin berani menyebarkan fahaman mereka yang bercanggah dengan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini.
“Jakim perlu diberi kuasa untuk tangkap mereka. Kita kena faham, tangkap bukanlah bertujuan untuk menyeksa sebaliknya dimasukkan ke pusat pemulihan selama beberapa tahun. Kalau setahun atau dua tahun tidak cukup untuk pulihkan mereka, kita lanjutkan lagi sehingga empat tahun atau lapan tahun bagi menyekat penyebarannya.
“Malah kita sudah memulakan dengan menubuhkan sebuah sekretariat untuk menyiasat latar belakang fahaman Syiah. Perkara ini juga sudah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau mahukan kita tangani perkara ini secara bijaksana tanpa melibatkan kecederaan dan huru-hara,” katanya.
Seminar berkenaan turut melibatkan Felo Penyelidik, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd Hamidi Ismail dan Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, UM, Profesor Madya Mohd Fauzi Hamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment