Nuffnang

Monday, October 7, 2013

ATTENTION!! @tunfaisal DIBENARKAN BERTANDING MT, VOTE #TF4MT





Selepas beberapa minggu menanti keputusan sama ada permohonannya diterima atau tidak untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi, akhirnya terjawap..

Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini dibenarkan semula bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan 19 Oktober ini, selepas nama beliau ditolak sebelum ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda UMNO dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

Sebelum ini, Tun Faisal dan seorang lagi calon MT, Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut.

Ini berikutan, mereka berdua tidak pernah menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat bahagian, iaitu prasyarat utama untuk bertanding mana-mana jawatan dalam MT. - UTUSAN ONLINE



* #pbr Suatu pertimbangan yang amat wajar oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO untuk membenarkan kembali penyertaan  untuk @tunfaisal bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Semoga SUKSES @tunfaisal.


No comments:

Post a Comment