Nuffnang

Thursday, September 19, 2013

@MukhrizMahathir bikin suspen untuk Jawatan Naib Presiden APterkini

 "Setakat malam ini nampak gaya jadi...tapi tak taulah kalau-kalau berubah esok." itu kata satu sumber yang diketahui rapat dengan Datuk Mukhriz Mahathir kepada Agendadaily lewat Rabu malam.Ini tentang kisah jadi ke tak jadi Menteri Besar Kedah itu nak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Teka teki itu nyata membuat ramai yang teruja untuk menanti pengumuman rasmi yang bakal dibuat anak kepada Tun Dr Mahathir ini mengenai jawatan yang hendak beliau hendak tandingi.
Pihak media sudah terima jemputan untuk menghadiri sidang media pengumuman tersebut yang dijadualkan pada jam 4 petang esok Khamis di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah Seri Mentaloon,Alor Star.
Sumber berkenaan mengesahkan bahawa Mukhriz telah mengadakan pertemuan berasingan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hal berkenaan.Kata sumber itu beliau tidak tahu 'apa cerita' dari pertemuan itu.
Difahamkan Mukhriz menyampaikan hasratnya dan mendengar pandangan Najib dan Muhyiddin mengenainya.Namun sumber itu dengan penuh yakin kata, 'kalau tanya saya...setakat malam ini nampak gaya jadi'.Namun beliau tidak berani kata samaada keputusan itu kekal atau berubah esok." Tunggu sajalah pengumuan petang esok,"katanya.
Mengikut dugaan ramai pihak pemilihan UMNO Oktober ini dijangka bertambah meriah jika Mukhriz masuk gelanggang jawatan Naib Presiden.Khabar Mukhriz sudah terima banyak sokongan termasuk dari pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di Kedah untuk bertanding jawatan nombor tiga dalam parti itu.
Ia adalah hasil mesyuarat yang diadakan dengan pimpinan UMNO Bahagian seluruh Kedah di Seri Mentaloon Selasa malam."Insya Allah saya akan membuat pengumuman pada hari Khamis," kata Mukhriz.Selain membawa nama bapanya ,Mukhriz juga boleh dikira calon wakil Menteri Besar/Ketua Menteri yang bertanding jawatan nombor tiga parti selain dari  calon muda.
Jika sah Mukhriz bertanding, jawatan Naib Presiden akan menjadi persaingan sengit enam penjuru.Setakat ini Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sudah mengumumkan hasrat mereka bertanding, menyaingi penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie.
Sementara itu diminta mengulas mengenai keraguan sesetengah pihak mengenai kelayakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden,sumber berkenaan berkata hal berkenaan tidak berbangkit.Katanya Menteri Besar Kedah itu pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kubang Pasu selama dua penggal.
Peraturan menetapkan seseorang yang hendak menawarkan diri peringkat Ahli Majlis Tertinggi keatas wajib pemegang jawatan atau mereka yang sedang dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian."Kita sudah check hal ini...jadi soal kelayakan tak ada masalah,"katanya

No comments:

Post a Comment