Nuffnang

Saturday, September 28, 2013

Guan Eng Penipu - R.O.S


KUALA LUMPUR, 27 Sept - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus membaca dan memahami apa yang dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat  (CEC) DAP.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ROS tidak pernah menyatakan bahawa DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress', tetapi mengingatkan parti tersebut supaya mengikut peruntukan dalam Undang-undang pertubuhan sendiri semasa mengadakan pemilihan semula.

"Penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu seperti mana yang tercatat dalam Undang-undang parti tersebut harus dipatuhi.

"Harus ditekankan di sini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan sendiri oleh ahli-ahlinya dan ini tidak ada kaitan langsung dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

"Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Beliau menjelaskan, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah, tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya apabila hak ahli-ahlinya terjejas.

Tambahnya, akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya. - Rakyat News

Kebenaran yang paling jelas untuk kita mengetahuinya bahawa DAP cukup licik dalam menipu rakyat. Isu CEC DAP jelas buktikan bahawa Lim dan keluarga mereka melakukan sesuatu agar pengaruh dan kuasa keluarga mereka kekal dan tidak dicabar oleh perwakilan yang lain.

No comments:

Post a Comment