Nuffnang

Sunday, May 19, 2013

Salam Takziah dan Terima Kasih Allahyarham Din Protokol


Alfatihah...khabaran duka bagi masyarakat Bagan serai khususnya di Selinsing diatas pemergian Sharudin Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Din Protokol.Allahyarham telah dimasukkan ke hospital apabila doktor mendapati ada jangkitan kuman didalam darah.

Allahyarham koma beberapa hari dan meninggal dunia pada malam tadi.Beliau juga merupakan Pengerusi Gerakan belia 4b dikawasan Bagan serai dan juga merupakan calon yang mewakili Barisan Nasional bagi Adun selingsing.Dugaan ini merupakan sebab kemungkinan kemenangan tidak berpihak kepada kita.


Allahyarham yang admin kenali sangatlah dikagumi diatas kegigihan beliau melakukan kerja membela masyarakat setempat Pelbagai jasa yang telah disumbangkan oleh beliau disini,walau keluar pagi balik pagi Allahyarham langsung tidak pernah mengeluh itu yang membuatkan beliau.Beliau juga salah seorang pemimpin yang mengambil berat dan prihatin terhadap pejuang media alternatif sekitar sini.Pemergian Allahyarham sangatlah dirasai oleh masyarakat,anak muda serta penggiat media sosial alternatif tempatan."kita bakal meRindui senyuman Din Protokol" kata salah seorang penduduk sini dirumah Allahyarham malam tadi.

Allahyarham akan dikebumikan ditanah perkuburan Permatang buluh dekat sini.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.Sama-sama kita mendoakan agar Rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman dan juga soleh.Amin


No comments:

Post a Comment