Ulama Pondok Buat Deklarasi Mengejutkan Mengenai PAS
Golongan ulama pondok pada hari ini 8 April, membuat satu deklarasi
bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah
haram di sini Islam.
PAS dan PKR turut bertangungjawab
melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan
kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan
bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan
isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
"Ini adalah
agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah
berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan
Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan
yang berakhir di sini.
Beliau berkata deklarasi itu dicapai
setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut
termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang
bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan
mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan
merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang
muktabar, katanya.
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang
memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati
mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan
menyesatkan.
"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi
umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah
mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan
mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika
mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini
membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai
nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan
diturunkan Allah.
"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam
kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama
iaitu agama Allah," katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam
tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat
bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment