Nuffnang

Wednesday, April 10, 2013

Parit Buntar-PAS Makin Terdesak Pergunakan Wanita


PAS semakin terdesak menggunakan wanita sebagai mangsa memaksa menjadi penyokong atau pengikut setia dengan maksud tidak boleh berpaling tadah menyokong mana-mana Parti Politik yang lain.Muslimah PAS memegang sambil melaungkan ikrar baiah atau janji setia terhadap parti PAS di ia berlaku di Dataran purnama kampung kedah Parit Buntar.Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya bakal dihukum atau dilanda musibah akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri.Adakah Perlu taat setia dengan sesebuah Parti Politik? Yang kita masih boleh menilai tahap pengurusan sesebuah Parti itu.PAS bimbang akan kesetiaan penyokongnya hinggakan baiah dilakukan bagi memastikan mereka yang sudah terperangkap didalam akujanji atau baiah bersama PAS tidak akan berpaling kepada yang lain.Sekiranya taat setia untuk Agama Islam kita harus menyokong penuh dan perlu dilakukan tetapi ini Parti Politik yang hanya menggunakan nama Islam sebagai landas perjuangan.Pas sudah pun menukar pejuangan mereka dari Negara islam ke negara berkebajikan ia tidak mustahil selepas ini Pas boleh bertukar apa sahaja.Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan Calon PAS yang bukan dari Beragama Islam beliau seorang penganut kuat agama krstian Hu Pang Chow dan 3 lagi bakal calon bukan Islam mewakili PAS.PAS bijak dengan memasang Perangkap Halal atau Haram Pas mendominasikan cara fikir para intelek Melayu Islam tanpa membolehkan para intelek ini menyoal kembali kesahihan, keburukan atau kebenaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka. Sesungguhnya taktik baiah ini terhadap kaum hawa hanya satu penaniayaan kepada mereka.Tidak perlu memaksa biar mereka menilai sesungguhnya kita diberi akal untuk menilai dan hak kebebasan untuk memilih.Apakah selepas ini PAS boleh melakukan kesilapan dengan selesa dan mereka ini harus juga menyokong kerana telah dibaiah taat kepada PAS?

No comments:

Post a Comment