Nuffnang

Saturday, April 13, 2013

MUSTAFA ALI DIHENTAM



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mempersoalkan kewajaran pemimpin tertinggi PAS menolak tepi tuduhan isu moral membabitkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.Beberapa pemimpin PAS hari ini menyatakan tiada kewajaran untuk PAS menyiasat dakwaan video seks yang cuba dikaitkan dengan Mustafa, atas alasan yakin ia adalah rekayasa seteru politik mereka."Adakah wajar paparan (video) yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja ?

"Apakah dengan menolak tepi dan mematikan episod ini selari dengan tindakan-tindakan disiplin yang pernah di ambil kepada pimpinan dan ahli sebelum ini ?," soal Hasan.Pelayar laman sesawang internet semalam dikejutkan dengan pendedahan sebuah video berdurasi 11 minit 28 saat yang memaparkan seorang lelaki menyerupai Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali dalam sebuah bilik, dipercayai bilik hotel.

Mustafa bagaimanapun enggan mengulas dan hanya menyerahkan isu itu kepada peguam lantikannya.Hasan juga mempersoalkan adakah PAS sebagai sebuah parti berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas, mengamalkan hukuman terpilih (double standart) ?"Saya masih ingat peristiwa yang mengakibatkan pemecatan seorang ahli parlimen PAS, Hashim Gera. Dalam satu majlis beliau telah dilihat menari lucu-lucuan. Pimpinan ketika itu yang tegas dan decisif telah bertindak memecat Hashim Gera daripada menjadi ahli parti.

"Manakala dalam kes saya pula, sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesalahan saya yang sebenarnya lantaran tidak ada pertuduhan yang dibuat ke atas saya. Saya telah dipecat daripada ahli parti tanpa diberi peluang untuk membela diri," kata Hasan dalam satu kenyataan medianya.Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) membidas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang padanya cuba menjadi jaguh apabila menyeru semua pihak agar tidak mempedulikan video aksi sumbang seorang lelaki yang mirip kepada Mustafa itu dengan alasan ianya palsu.

Husam juga dengan angkuh mengatakan PAS tidak perlu menyiasat kesahihan video itu, kata Hasan."Kenyataan ini dilihat bertentangan sama sekali dengan akhlak seorang Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 yang meminta kita supaya menyelidiki dan menyiasat dahulu sesuatu berita yang dibawa walaupun daripada orang-orang yang fasik," kata Hasan.Justeru, Hasan berkata, PAS perlu bertindak rasional dan mendesak agar Mustafa tampil menafikan perlakuan sumbang itu, jika benar beliau tidak melakukannya.

Penafiannya itu mestilah disertakan sumpah dengan nama Allah, kata Hasan.Beliau juga mendesak AJK PAS Pusat atau Majlis Syura menyiasat perkara itu demi membersihkan nama baik PAS itu sendiri pada kaca mata rakyat

No comments:

Post a Comment