Nuffnang

Thursday, April 18, 2013

JANJI DAN HARAPAN RAKYAT



Setiap lima tahun rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berbagai-bagai versi pujukan dan rayuan yang ditaburkan oleh pihak parti Politik yang bertanding dalam merebut KUASA untuk memerintah negara. Ia dikenali sebagai MANIFESTO atau lebih dipanggil JANJI. Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain  calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13 (PRU13), semakin kerap perkataan ‘manifesto’ menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi. Menjelang pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apa Maksud Manifesto

Manifesto berasal dari perkataan Itali di mana istilah manifesto sendiri berasal dari perkataan Latin “manifestum”, bermaksud jelas atau mudah dilihat (clear or conspicuous). Penggunaan perkataan ini pertama kalinya direkodkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1620, dalam terjemahan Nathaniel Brent terhadap Sejarah Paolo Sarpi Majlis Trent.

Menurut Laman Basicknowledge101com

Maksud manifesto ialah pengisytiharan kepada  pihak awam berkenaan sesebuah prinsip dan hasrat. (A Public Declaration of  Principles and Intentions.) Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment