Nuffnang

Wednesday, April 10, 2013

Hater-Nik Aziz perlu Diambil Tindakan



Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas itu.

Muhyiddin berkata, kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz seperti kononnya sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'sindrom hukum secara umum', Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.

Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.

"Majlis Syura Pas perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, imej Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.

"PAS sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya.

No comments:

Post a Comment