Nuffnang

Tuesday, April 16, 2013

ANASIR LUAR-BANTUAN KHAS DAP/PAP UNTUK PAKATAN RAKYAT



Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People’s Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.   Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi.

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad.  Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja.  PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.  Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya  diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.   Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura.

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas.   Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka.

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu.  Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.  Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini.

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat.  Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini.

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu.    Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan.  Dan seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman.

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura.  Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.  Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana.  Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan.

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh. Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.

LAGI JENIS BANTUAN DARI SINGAPORE :


Lihat dibawah senarai syarikat di Singapura yang membantu Rakyat Malaysia untuk balik mengundi.Mereka diberikan kemudahan seperti Tiket,Wang dan Cuti bagi melaksanakan tugas yang dikerahkan bagi DAP untuk membantu Anwar Ibrahim.Senarai syarikat dibawah telah diserah oleh DAP kepada Anwar untuk RUJUKAN bagi memperolehi Kepentingan Pada Masa Hadapan.

1) AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)

2) 988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD

3) BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD

4) CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD

5) EILUMINA RESOURCES PTE LTD

6) ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD

7) J. HANG INVESTMENT PTE LTD

8) KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD

9) MAZ ENERGY PTE LTD

10) MICROLOGIC SOLUTIONS LLP

11) PRICE CUT PTE LTD

12) S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD

13) SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD

14) TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD

15) TMF SINGAPORE H PTE LTD

16) WARTSILA SINGAPORE PTE LTD YANMAR ASIA (SINGAPORE) CORPORATION PTE 

17) LTDSINGAPORE CANVAS, CHAIRS & TABLES HIRE SERVICE ASSOCIATION

18) BBQ BOX PTE LTDBONVO TRAVEL (SINGAPORE) PTE LTD C S PARTNERS PTE LTD

19) CAPITAL GROWTH PTE LTD

20) CHUN CHENG FISHERY ENTERPRISE PTE LTD

21) DISENO ADVERTISING PTE LTD

22) DRILLING FLUIDS AUSTRALIA (SINGAPORE) PTE LTD

23) ENLIGHTEN FURNITURE DECORATION CO PTE LTD

24) FAR EAST GROUP LIMITED

25) GIANA TRADE

26) GOOGLE ASIA PACIFIC PTE LTD

27) HY BUILDING & MAINTENANCE SERVICES PTE LTD

28) JAY-TECH MARINE & PROJECTS PTE LTD

29) JONES LANG LASALLE RESIDENTIAL PTE LTD

30) KENG HUP HIN CO (PTE) LTD

31) KEYSER TECHNOLOGIES PTE LTD

32) KOONG YEE RENOVATION WORKS PTE LTD

33) LIFE IN SINGAPORE PTE LTD

34) LIFESKILLS ENRICHMENT PTE LTD

35) LTS ENGINEERING & MARINE SERVICES PTE LTD

36) MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

37) MESO RESOURCES INTERNATIONAL PTE LTD

38) ONESTOP CREATIVE ASSOCIATE PTE LTD

39) SENBA FOODS (SINGAPORE) PTE LTD

40) SKYTIME HUPKEE FOODSTUFF PTE LTD

41) SOLIDHEAT INDUSTRIES PTE LTD

42) SQUIREGROUP PTE LTD

43) UNIQULUS FURNISHING DESIGN PTE LTD

44) YUDO WANCO PTE LTD


1 comment: