Pages
Nuffnang
Thursday, April 11, 2013
Agama Modal Raih Undi
Golongan Melayu dan Islam terus diperdaya pemimpin PAS ekoran parti tersebut terus-menerus menggunakan agama bagi memperoleh sokongan dan undi pada PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya pengundi akan diberi ganjaran daripada Alllah sekiranya mengundi PAS pada PRU13 ekoran ianya merupakan ibadah."Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat."
"Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran," katanya pada ceramah di Kampung Permatang semalam.PAS yang dilihat semakin terpesong seringkali mengeluarkan fatwa pelik sejak kebelakangan ini seperti solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan Masjid oleh orang UMNO hanya untuk mendapatkan kontrak sepertimana yang dikatakan oleh Mursyidul Am parti tersebut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada majlis yang sama Pesuruhjaya PAS Perak cuba untuk mengembalikan imej parti dalam menegakkan Islam ekoran PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam tetapi negara berkebajikan."Cuma kita alih nama sahaja, negara Islam kepada negara berkebajikan dan itulah pengisiannya."Saya hendak minta rakyat dinaungi pemimpin yang adil dan undang-undang yang telus kerana undang-undang sekarang tidak berdasarkan undang-undang yang adil," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sikit pun tak tergoda dengan fatwa2 agama pas ni.. malah makin benci sebab mempergunakan agama melampau2 utk memancing undi... menjadi tuhan untuk menjatuhkan hukum dosa pahala orang..sehingga sanggup mengkafirkan sesama Islam. Jika Islam tulin.. mereka akan berusaha menyatu padukan umat tak kira fahaman... kerana itu adalah kehendak Islam yang sebenar..PAS sanggup makan daging orang Islam sendiri....
ReplyDelete