Nuffnang

Monday, April 15, 2013

24JAM SUDAH HAMPIR TAMAT-MUSTAFA BAKAL DISAMAN



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah yang didakwa menyerupai dirinya.

Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.

“Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.

“Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustafa letak jawatan SUA Pas’.

“Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO,” ujar Hafarizam.

Tidak cukup dengan itu, Mustafa turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’ yang bertarikh 13 April 201.

Di dalam artikel terbut tertulis ‘beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air’ dan ‘bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu’.

Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustafa Ali untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbiatan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Mustafa juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung.

Sekiranya Mustafa gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa berunsur fitnah yang telah membawa maksud :

(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;

(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;

(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;

(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;

(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;

(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu.

HARAKAH BAKAL TERIMA PADAH


Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Laporan Bernama kelmarin memetik Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek Jumaat lalu, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. -SH

No comments:

Post a Comment