Nuffnang

Friday, March 29, 2013

Syed Mokhtar Al-Bukhary Bahan kempen PKR




Menjelang pilihanraya ke-13 ini Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) dengan mempertikai Hartawan malaysia ini.Dimana-mana ceramah PR kini tidak terlepas untuk mempertikai Harta dan perniagaan Syed Mokhtar ini.Ini seautu tindakan bodoh pembangkang Syed Mokhtar bukanlah ahli politik yang mahu bertanding mana-mana kerusi mereka kehabisan modal untuk bercerita buruk tentang apa jua peluang yang kerajaan sediakan.Mereka sedar bahawa hartawan itu telah banyak membuat banyak jasa ramai fakir miskin yang telah terbela dengan adanya hartawan ini.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli cuba menjatuhkan bangsa dan seagama sendiri dan disini cukup jelas bahawa mereka ini adalah pengkhianat bangsa sendiri.Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk dijadikan modal politik mungkin mereka (PR) dilihat sebagai parti politik yang tidak mengira kaum.Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor dan dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM itu yang membuatkan mereka ini merah mata hingga jasa Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary ini dikaburkan oleh mereka ini.Manfaat dari hartawan malaysia ini sudah pun kita lihat jelas didepan mata kemanakah keuntungan disalurkan dan berapa ramai telah merasa manfaat dari hartawan malaysia ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary

Tokoh perniagaan yang banyak menyumbang kepada amal jariah ini harus diberikan penghormatan bukan untuk dipolitikkan hingga ada sanggup berusaha menjatuhkan beliau.Hartawan ini juga lebih dikenali sebagai DERMAWAN di negara luar kerana mereka melihat badan NGO yang ditubuh beliau, Yayasan Al Bukhary, berjaya membangunkan masjid, surau, madrasah, rumah anak anak yatim, rumah orang orang tua dan menyumbang pelbagai bentuk kepada pembangunan dan pengekalan seni dan warisan Islam serta amal amal jariah berbentuk sumbangan pelajaran, pembiayaan rawatan dan penjagaan mereka yang kurang bernasib baik.Beliau merupakan anak Melayu yang kini tersenarai dalam Forbes sebagai seorang billionaire, dalam kedudukan ke 754 dunia.Tidakkah kita PERLU berbangga dengan orang seperti ini?Terlalu banyak hendak diceritakan tentang kebaikkan yang beliau telah lakukan kepada bangsa kita sendiri.Fikir-fikirkanlah

Artikel menarik-Hadiah istimewa saya untuk orang melayu.



No comments:

Post a Comment