Nuffnang

Monday, April 1, 2013

Rendahnya IQ bekas Jeneral



Agaknya otak pimpinan pembangkang sudah 'masuk air' ataupun air sudah paras hidung kerana terpaksa cari macam-macam jalan nak tutup pekung dalam isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Maklumlah laporan media Filipina sendiri sebelum ini sudah buat mereka tidak sedap badan bila kaitkan macam-macam dengan insiden yang sudah korbankan 10 anggota pasukan keselamatan kita.

Juga Naib Presiden PKR Tian Chua sudah bikin sensasi hingga cetus kemarahan satu negara tuduh insiden Lahad Datu  adalah sandiwara UMNO.

Akhirnya rakyat semakin sedar tindak tanduk pembangkang hendak malukan kerajaan apa saja asal mereka dapat untung politik.

Siapa tahu barangkali mereka bimbang bakal hilang undi khususnya dari kalangan anggota polis dan tentera maka  pembangkang cuba wujudkan imej baru untuk gambarkan mereka sangat prihatin dengan soal keselamatan.

Sebab itu pimpinan pembangkang tubuh Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) dan lantik bekas jeneral atau bekas Ketua Turus Tentera Darat, Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai pengerusi.

Pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Ahad.

Peliknya lepas umum perkara tersebut, Ketua Pembangkang itu angkat punggung kerana alasan nak teruskan mesyuarat.

Padahal,beliau tahu ramai wartawan hadir sidang akhbar  itu nak bersemuka dengannya kerana banyak sangat isu babitkan beliau dan terbaru perebutan kerusi antara pembangkang di Johor tidak terjawab.

Mahu atau tidak, wartawan terpaksa layan pot pet Md Hashim, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan pimpinan tertinggi yang juga MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang duduk dalam jawatankuasa MPKR itu.

Ikut kata bekas Jeneral itu, majlis tersebut kononnya akan main peranan pastikan keselamatan dan keamanan dengan penggubalan dasar,kajian dan pembangunan.

Katanya, MPKR ditubuhkan atas dasar kesedaran rakyat untuk pastikan kerajaan tidak bazir wang rakyat beli aset pertahanan yang tidak sesuai.

Tapi itu nampaknya retorik saja bila beliau beri pendapat dakwa ada pembabitan politik luar biasa dalam operasi pihak keselamatan menghapuskan pengganas Sulu.

Malangnya, bila Agendadaily minta beri satu atau dua contoh dakwaannya itu, jawapan bekas Jeneral yang diangkat pembangkang jadi pengerusi MPKR longgar dan tidak meyakinkan.

Katanya, ada Panglima Markas Tentera di Sabah malah di bahagian Selatan negeri itupun ada markas tentera.

Beliau persoal kenapa sudah ada 'command and contol' dua markas tentera di Sabah tetapi ramai pemerintah tertinggi ATM dan beribu askar mahu selesaikan musuh yang bilangannya kecil.

Kenapa tidak guna panglima tentera tempatan saja, soal beliau.

Hairan juga tengok contoh beliau berikan.

Inilah jadinya kalau isu keselamatan negara nak dijadikan bahan politik.

Tak payah jadi jeneral besar hendak jawap soalan beliau.

Bukankan baru-baru ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi ada berkata orang Selatan Filipina terkenal dengan sifat dendamnya.

Lojik akal merasakan isunya di sini bukan  setakat sekitar 200 orang gerombolan bersenjata yang masuk ke Kampong Tanduo.

Ini bila melihat selain di Lahad Datu adanya juga insiden di Semporna dan penahanan sebilangan talibarut di sana sini.

Juga siapa tahu mereka telah mewujdukan rangkaian tertentu sebelum berkumpul di Kampong Tanduo pada 12 Februari.

Wajah dan rupa penceroboh dengan orang tempatan tidak ada bezanya.Ini saja sudah merumitkan usaha untuk kesan mereka.

Kalau tidak ada sebab-sebab keselamatan tertentu tidak mungkin PDRM dan ATM hendak membazir turunkan bilangan anggota yang ramai.

Ada juga pemerhati yang melihat kehadiran ramai anggota pasukan keselamatan itu dengan sendirinya menjadi ' perang saraf' berkesan sebagai amaran tegas kepada puak Kiram jika ada rancangan nak buat kacau selepas ini.

Ia diperkuatkan lagi dengan penubuhan ESSCOM.

Agendadaily sudah siap nak tanya adakah dua markas tentera itu cukup tangani isu pencerobohan di Sabah sedangkan dunia tahu musuh yang ceroboh adalah gerombolan daripada Selatan Filipina.

Kalau musuh itu dari dalaman negara ,mungkin ATM boleh panggil Md Hashim tolong selesaikan.

Malangnya, Johari sudah tengok dan kenal muka wartawan Agendadaily...lalu katanya, tak ada soalan lagi...cukup dah.

Itupun Jeneral Bersara itu tak boleh fikir.

Lebih,malang Agendadaily minta satu atau dua contoh pasal tuduhannya itu tetapi satupun susah nak jawab. -31/3/2013- OLEH ROSLAN BIAN

No comments:

Post a Comment