Nuffnang

Wednesday, March 20, 2013

PAS perak makin MEMBENGKAK



Pas Perak dilihat semakin bongkak dan sombong. Pas Perak juga semakin pening dan berserabut. Ini amat jelas dalam tindakan Pas sewaktu pengumuman meletakkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon Adun di Changkat Jering Perak.

Polemik meletakkan Nizar untuk bertanding di Dun Changkat Jering telah dimulakan oleh Nizar sendiri dengan bantuan blogger dan juga seorang pegawai khas beliau itu Ckgu Sharuddin seorang Guru Penolong Kanan di sebuah sekolah menengah di Taiping.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Pengumuman beliau mengejutkan banyak pihak dan akar umbi , ini jelas apabila pengundi Dun Trong telah mengingatkan calon baru mereka Saudara Azli Musa atau lebih dikenali sebagai Azli Taliban supaya tidak meniru perangai Nizar Jamaluddin.

Amaran dan peringatan tersebut diberikan kepada Azli supaya tidak terpengaruh dengan cara berpolitik Nizar yang jarang turun padang untuk membantu rakyat, bercakap tidak serupa bikin, membela yang batil dan bukan yang hak.

Nizar hanya pandai menayangkan kereta dan van sahaja, jika ada kematian dan kenduri van atau pickup sahaja yang sibuk ke hulu ke hilir tetapi untuk menghulurkan bantuan jauh sekali.Baca selanjutnya


No comments:

Post a Comment