Pages
Nuffnang
Monday, April 1, 2013
Parlimen akan bubar sebelum 30 April
Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.
"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.
"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin (gambar) semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.
Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.
"Pilihan raya tidak lama lagi... saya tahu rakyat kata lama menunggu, penat menunggu.
"Tapi saya yakin mereka yang lama menunggu ini adalah kerana tidak sabar untuk memangkah Barisan Nasional," kata Muhyiddin yang disambut dengan sorakan hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
Dalam majlis yang diadakan di stadium tertutup tersebut, Muhyiddin juga mengingatkan pengundi untuk membuat keputusan yang tepat dan tidak memilih pihak-pihak cuba mencetus huru-hara dalam negara ataupun parti yang mengamalkan politik perkauman.
"Pilihlah kerajaan yang boleh membela negara... jangan pilih mereka yang membawa politik songsang, perkauman.
"Saya bukan menakutkan saudara semua, tapi mengingatkan anda semua supaya tidak membuat kesilapan," tambah beliau lagi.
Dalam majlis sama yang berjaya mengutip derma kira-kira RM100 ribu tersebut lagi, kelihatan pemimpin Umno lain turun hadir sama ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Spekulasi Pilihan Raya 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009.
Penganalisis berpendapat Pilihan Raya 2013 akan menjadi paling sengit dalam sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional akan berhadapan pembangkang, Pakatan Rakyat.yang paling tersusun.
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 502 kerusi dewan undangan negeri dipertandingkan dalam Pilihan Raya 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment