Nuffnang

Wednesday, March 13, 2013

Pakatan Rakyat "Lynas selamat"




Sebelum ini lynas adalah ancaman kepada rakyat malaysia yang panas di isu kan oleh pihak pembangkang,Projek lynas ini diibaratkan ''kiamat'' bagi rakyat malaysia yang sudah bersedia menyalahkan kerajaan sekarang.Mereka mendakwa Rakyat diseksa bagi ketamakkan pihak kerajaan keluhan rakyat tidak dihiraukan.Begitu kejam kerajaan BN itu yang mereka cuba semaikan didalam minda rakyat.Demo demi demo berlaku bagi menghentikan supaya projek ini dihentikan walau diantara mereka sedar bahawa projek protes ini didalangi parti politik yang merancang ini adalah salah satu strategi kempen bagi menampakkan kerajaan BN adalah kejam.

Walau penjelasan dan bukti sudah dibuat oleh pihak kerajaan (AELB),pemimpin pembangkang berjaya kekalkan pengikut mereka supaya kekal dengan perjuangan bagi menghentikan projek lynas ini di gebeng pahang.Pelbagai cara demotrasi pelik dianjurkan hingga yang bertukar menjadi zombie,mogok lapar dan sebagainya.Agak lucu bagi yang mengetahui perkara sebenar tetapi tidak diceritakan perkara sebenar sesama mereka.NY times juga dijadikan bukti bagi mengukuhkan bahawa lynas adalah bahaya.Mengikut pakar kesihatan kesihatan awam Dr T Jayabalan sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan,sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.walau apa penjelasan dan juga bukti lynas adalah selamat Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda.ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif katanya.
Mukasurat 17 Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dua minggu lepas juga menyebut di bawah tajuk kecil ‘Ekonomi Lestari’ disebut: “Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta operasi Lynas di Gebeng, Pahang”.Tetapi apa yang mengelirukan kita kenyataan akbar malaysiakini.com semalam yang bertajuk ‘Wong Tack ‘alu-alu’ Lynas jika ia guna ‘pintu depan’.’ mendakwa  jika di bawah andaikata kerajaan baru Pakatan, Lynas mampu bertukar menjadi selamat kewujudan ruang bagi ketiga-tiga Wong Tack, Anwar dan Guan Eng untuk mengubah pendirian mereka KENAPA? Apa perasaan rakyat harapan PR jika LYNAS diteruskan? U-TURN demi U-TURN ini menjadi persoalan kepada #Pbr yang manakah lebih bahaya Projek lynas atau Projek PR? Sekiranya PR rakyat harus mengkaji berapakah tahap radiasi PR didalam isu ini.Mungkin kata-kata ini bakal dikembalikan kepada PR iaitu .Biar rakyat menderita asalkan perut mereka kenyang.Ingatlah wahai PR bahaya ini akan meyeksa kamu & keturunan kamu semua sekali.Insaflah



P/S: Bakal kenangan DEMO DEMO ini

'

No comments:

Post a Comment