Nuffnang

Monday, April 1, 2013

Lhad Datu-Kisah Anak Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat




Bagi yang belum mengetahui kandungan SMS terakhir dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat kepada isterinya yang tercinta. Inilah SMS yang terakhir dari Allahyarham.

“Abang pergi bawa amanah berat, apa-apa yang terjadi, ayang mesti tabah,” demikian pesanan terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, kepada isterinya, Nor Aziah Nor, sebelum bertolak untuk menjalankan tugas di Lahad Datu

Setelah hampir sebulan berlalu pemergian Allahyarham meninggalkan Isteri dan anak-anak ,kisahnya masih lagi terpahat di hati rakyat Malaysia

                                                    Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil


Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.

Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu - HM

No comments:

Post a Comment