Nuffnang

Saturday, March 23, 2013

Kenapa KAMI UNDI BN ??



Amalan Demokrasi Berparti (Party Based Democratic Practices) adalah satu perkara yg amat delicate (halus) & memerlukan pengamatan yg mendalam pada segala yg tersurat & yg tersirat.. terutama dalam merancang penguasaan Kuasa Politik umat Islam/Melayu di dalam masyakat majmuk berbilang agama & berbilang bangsa seperti Malaysia.
Pakatan spinners amat gemar mengemukan statistik yg TIDAK TEPAT bagi memberikan gambaran KESELURUHAN YANG SEBENAR.. Mereka amat mahir dalam bidang “Factual Spinning” iaitu memaparkan sebahagian statistic secara Mikro dan akan dimanipulasikan untuk memberikan gambaran yang menyeleweng daripada gambaran keseluruhan yang sebenar..

UNTUK MAKLUMAN PARA SAHABAT & SAUDARA SEISLAM SEKELIAN, YANG LEBIH RELEVANT & PENTING ADALAH STATISTIK MAKRO. FAKTA SAHIH/STATISTIK MAKRO YANG MEMBERIKAN GAMBARAN KESELURUHAN SEBENARNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT..

DALAM BN :

UMNO BERTANDING 117 KERUSI PARLIMEN = LEBIH 52.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN..

DAN KEKUATAN INI DITAMBAH DGN 11 KERUSI PARLIMEN YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DLM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB, SARAWAK) YG MENJADIKAN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DALAM BN BERJUMLAH 57.2% DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN..

INILAH FORMULA RAHSIA YG MENJAMIN MASA DEPAN UMAT ISLAM DAN KAUM BUMIPUTERA KESELURUHANNYA DI BERTUAH MALAYSIA..

DENGAN FORMULA INI, WALAUPUN UMAT ISLAM DEWASA INI MENGHADAPI ANCAMAN YANG SERIUS BILA MANA ADA PIMPINAN BERAGAMA ISLAM YANG BERTINDAK SEBAGAI “KITOL” (seperti anwar, azmin, khalid samad, mat sabu) BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN DARI KUASA ASING UTK MELEMAHKAN PENGUASAAN PARTI UMAT ISLAM DI DALAM BN..

BN MASIH MUSLIM 2/3 MAJORITY GOVERNMENT… HAKIKATNYA, SEDIA ADA DI PARLIMEN HARI INI KERAJAAN (BN) MASIH LAGI DIKUASAI OLEH UMAT ISLAM DGN MAJORITI 2/3 DRP SEMUA KERUSI YG DIMILIKI OLEH BN.. ALHAMDULILLAH..

DENGAN MENGHADAPI BERBAGAI ANCAMAN TERSEBUT, BN MASIH LAGI MAMPU BERTAHAN SEBAGAI “MUSLIM MAJORITY GOVERNMENT” SEPERTI YG BERIKUT;.

UMNO: 80
PBB (Sarawak): 14.
MCA: 15
MIC : 4.
LAIN2: 20+

Siapa yg berkuasa? PASTINYA ISLAM/MELAYU..
(MP Muslim/Bumiputera BN +/- 94 / MP Non-Muslim +/- 40).
MAKA BN KEKAL.
MUSLIM/BUMIPUTERA 70% DAN NON-MUSLIM 30%..

SEADANYA, BN MASIH DIKUASAI 2/3 MP ISLAM. KERAJAAN BN INILAH YG HENDAK DIHANCURKAN OLEH Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, Teressa Kok, Elizabeth Wong, Xavier, Ronnie Liu DLL DENGAN BANTUAN anwar, wan azizah, nurul ezzah, azmin, Khalid samad, Khalid Ibrahim DLL.

Kesimpulannya: BN adalah sebuah “Muslim 2/3 Majority Government” dan berbekalkan penguasaan kerusi parlimen umat Islam dalam BN telah berjaya mempertahankan berbagai perkara asas dan memberikan interpretasi khusus pentadbiran kpd peruntukkan 11 & 153 Perlembangaan yg sgt umum itu, sebagai contoh:-

1. Dana kerajaan hanya utk Masjid dan BUKAN utk rumah ibadat agama lain;.
2. Laungan AZAN TIADA LIMIT di mana2 masjid/surau;.
3. Majoriti hampir 90% penjawat awam/GLC adalah umat Islam;.
4. Kuota Islam/melayu di IPTA, UiTM, MRSM, IKM, IKBN;.
5. Memperkasa kuasa PERKIM, JAKIM dll;.
6. Memperkasa kuasa mahkamah syariah;.
7. Menidakkan tuntutan2 melampau masyarakat bukan Islam;.
8. Bayaran zakat dikecualikan drp income tax;.
9. dan mcm2 lagi korang tambahlah sendiri.. (aku pasti kita semua sedia maklum)..

Inilah baru dinamakan strategi & ilmu politik..

Sebagai contoh mudah & terbaru, berbagai tentangan yg diberikan oleh Parti2 Bukan Islam (iaitu DAP, PKR, MCA, GERAKAN) bila UMNO mengusulkan & membentangkan Akta Perihal Dagangan 2011: Peruntukkan yang berhubung dgn Pensijilan Halal Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 di bawah Seksyen 28; Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 di bawah Seksyen 29 yang membawa hukuman yg SANGAT berat terhadap pesalah2 berkenaan penyalahgunaan logo HALAL iaitu bagi kesalahan oleh mana2 pertubuhan perbadanan: 1. didenda tidak melebihi RM5Juta & bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10Juta;.

Masyarakat peniaga cina menentang keras pembentangan Akta tersebut kerana rata2 kilang2 industri pengeluar makanan adalah milik cina dan akta tersebut sgt menyusahkan mereka tetapi sgt baik utk umat islam..

Apa UMNO buat. Demi kepentingan umat Islam, UMNO buat tak faham shj pada tentangan parti2 non-muslim dan teruskan juga pembentangan dan meluluskan Akta baru tersebut… INILAH HASILNYA BILA KERAJAAN BN DIKUASAI OLEH 2/3 KERUSI UMAT ISLAM.. ALHAMDULILLAH..

MAMPUKAH PAS MELAKUKAN YG SAMA SEPERTI CONTOH DI ATAS TU DENGAN HANYA MENGUASAI KURANG DRP 1/3 KERUSI PARLIMEN DALAM PAKATAN. JAWAPANNYA: SUDAH TENTU TIDAK..
DALAM PAKATAN

PAS HANYA BERTANDING 66 KERUSI PARLIMEN = 29.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN YG ADA..

DGN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI HANYA KURANG DRP 30% PUN ADA HATI NAK GANTI UMNO UTK MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM / MELAYU..

Mampukah PAS mempertahankan seninambungan penguasaan umat Islam dalam kerajaan Malaysia yg buat masa ini adalah merupakan sebuah “Muslim Majority Government”.

HASILNYA DALAM PAKATAN RAKYAT PENGUASAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

DAP :29
PKR : 23 (Muslim & Non-Muslim 50/50).
PAS : 22.
PSM : 1.
Siapa yg berkuasa? DAP ATAU PAS?
(MP BUKAN ISLAM = 38 / MP ISLAM =38).
(SEADANYA: PENGUASAAN ANTARA ISLAM & BUKAN ISLAM DALAM PAKATAN ADALAH 50/50).
Pakatan Rakyat (Muslim 50% / Non-Muslim 50%).
berbanding
Barisan Nasional (Muslim 70% / Non-Muslim 30%).
(*RUJUK LAPORAN RASMI PARLIMEN BUKAN UTUSAN..)

FAKTA SAHIH INILAH YANG MEMBULATKAN SOKONGAN PADU HAMPIR KESELURUHAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PAKATAN RAKYAT.

PERSOALANNYA:- BAGAIMANA MASIH ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN SOKONGAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PR. ADAKAH MEREKA BUTA HATI ATAU BUTA ILMU POLITIK.

MANA MUNGKIN HJ HADI TIDAK MENYEDARI HAKIKAT INI.. ATAU PURA2 BUAT TAK TAHU DEMI MENGEKALKAN JAWATAN PRESIDEN PAS DAN BERGELAR YB.

PAS hanya bertanding di 66 kerusi Parlimen drp 222 kerusi yg ada. So, hasilnya PAS hanya menang PAS 22 vs. 29DAP + 23PKR + 1PSM

Jujurlah pada diri sendiri dan jujur pada anak-cucu kita, 22 kerusi PAS boleh pertahankan semua hak keistemawaan yg sedia ada? Mimpi di siang hari namanya tu..

Kalau kamu seorang Islam/Melayu, jujurlah pada diri dalam menjawab persoalan ini. Ini bukan soalan politik, ini soalan Agama Islam & Bangsa Melayu.. Wajarkah perkara yg amat mendasar ini DIPERJUDIKAN…?

PERHATIKAN, yang disentuh adalah perkara asas percaturan politik dalan pembentukkan Negara Bangsa. Bukannya aku kata Hj Hadi/Nik Aziz tak bagus.. Cuma, mesej yg ingin disampaikan adalah; sehebat mana pun Hj Hadi + semua pemimpin PAS, kalau tak cukup penguasaan kerusi parlimen dalam Pakatan, maka segala hak keistimewaan Islam/Melayu yg sedia ada pun bakal terhakis maka tak perlulah aku sentuh mengenai usaha PAS yg kononnya hendak melaksanakan hudud dan sebagainya kerana ianya menjadi TAK RELEVAN LANGSUNG dgn jumlah penguasaan parlimen yang begitu “ciput”.

RENUNG2KANLAH SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.. DEWASA INI, MUSUH2 UMAT ISLAM/MELAYU MENGGUNAKAN KHIDMAT UMAT ISLAM/MELAYU DIKALANGAN PIMPINAN ISLAM/MELAYU UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM/MELAYU SUPAYA SENANG MEREKA MELAKSANAKAN AGENDA “PECAH DAN PERINTAH” ATAU “DEVIDE AND RULE” KE ATAS UMAT ISLAM MELAYU.

PEPATAH MELAYU BERKATA, “HANYA KAYU MAMPU BELAH KAYU” IAITU HANYA MELAYU MAMPU BELAH MELAYU..


Sumber

2 comments:

  1. mohon pautkan blog saya disini

    daengselili.blogspot.com

    saya dah pautkan blog anda disana :)
    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Mengapa kami sekeluarga mengundi UMNO? Senang jer sebab semasa pasca PRU 13 kelmarin isu yang paling hot adalah isu kalimah ALLAH yg telah pihak gereja Evangelist tajaan DAP syirikkan didalam kitab modified bahasa Melayu mereka. Seluruh dunia Keristian tahu bahawa didalam Holy Bible mereka tak kiralah versi apa pun, tuhan didalam kitab mereka memang tidak ada nama. Tuhan didalam kitab mereka hanya dikenali sebagai GOD, FATHER dan LORD tetapi ini semua cuma ganti nama sahaja.

    Selepas itu cuba tanya mana-mana paderi Keristian didalam negeri atau pun yg diluar negara. Apa kah memang benar tanggapan mereka bahawa tuhan didalam Holy Bible mereka itu ada anak? Mereka pasti bersetuju dgn tanggapan begitu. Cuba tuan-tuan nilaikan sendiri apakah kesannya sekiranya kita bersetuju untuk membenarkan tindakan biadab gereja Evangelist Malaysia itu. Tidak kah itu tndakan yang memberi maksud bahawa kita jugak bersetuju bahawa kini ALLAH sudah anak sama seperti Haiwan dan manusia? Nauzubiullah himinzalik !!!

    Pasca PRU 13 dulu kita perhatikan Pakatan Rakyat yg terdiri dari DAP, PAS dan PKR kesemuanya mempertahankan tindakan biadab gereja. So memberi undi kepada mereka sudah pasti mengundang dosa syirik kepada kita. Sebab itu sangat penting dan tinggi nilai bagi kita berfikir untuk tahu apa yang sedang atau akan kita lakukan. Memang ada pihak yang tidak setuju dgn pandangan orang bukan ulamak macam aku ni. Sebab mereka sangkakan bahawa Allah tak marah pun …. Iyer ke ? Cuba lihat surah Al Kahfi ayat 4 -5 ini:

    4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
    5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

    Dan jugak surah Mariam ayat 89 – 92:
    88. Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
    89. Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
    90. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
    91. Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
    92. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

    Kesemua ayat didalam surah ini memang sangat mudah untuk difaham tetapi malangnya ramai orang Melayu yang masih degil ketika itu (PKR dan PAS dlm PR) dan sekarang juga (GHB). Ingatlah bahawa memberi sokongan kepada mereka bererti kita sudah sama seperti mereka. Itu bukan kata-kata aku tetapi cuba lihat hadis Rasulullah SAW dibawah ini.
    Bahwasanya Hudzaifah bin Al-Yamaan kembali kepada Rasulullah SAW, lalu beliau berkata; “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.
    Begitulah hebatnya ajaran Islam sehingga tiada ruang untuk kita memberi alasan sebab menyerupai disitu adalah apakah keputusan yg terhasil dari pemikiran dihati kita semua? Kalau tuan tuan merasakan bahawa ancaman ALLAH tentang syirik tidak bersifat ULTIMATUM cuba lihat surah ini pula.
    Surah An Nisa ayat 48:
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mangampunkanyang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

    Kepada mana-mana saki baki orang Melayu yang masih mengaku Islam cuba tanya sendiri dengan Mat Sabu GHB atau nama barunya PAN apakah pendirian beliau tentang kalimah ALLAH sebelum memberi sokongan tuan-tuan kepada GHB sekutu kuat DAP itu.

    ReplyDelete