Nuffnang

Friday, March 29, 2013

Jika PAS memerintah kanak-kanak bakal mangsa



Masihkah kau ingat seban­yak 270 dari­pada 386 balai raya di seluruh negeri telah dikosongkan oleh Kemas sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kera­jaan negeri yang memerintah Terengganu ketika itu.

Ia melibatkan perpindahan 7,000 murid dan kini hanya tinggal 116 balai raya yang masih menempatkan kelas tabika Kemas ekoran kesu­karan mendapatkan premis gantian.

Pengarah Kemas Negeri ketika itu, Azeman Md. Yusof berkata, bagaimanapun sebahagian besar dari­pada 270 balai raya yang diambil itu langsung tidak digunakan, malah ia terbiar begitu sahaja.

"Bagi saya selain menje­jaskan proses pembelajaran lebih 7,000 kanak-kanak, tindakan kerajaan Pas ini turut menganiaya lebih 3,000 masyarakat kampung yang mengikuti kursus jahitan dan masakan di bawah kelolaan Kemas," katanya.

Azeman berkata, Daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi balai raya terlibat dengan perpindahan seperti yang diarahkan oleh kerajaan Pas iaitu 55 diikuti Marang (50), Kuala Terengganu (37), Kuala Nerus (36), Kemaman (35), Dungun (34), Setiu (19) dan Besut (4).

"Arahan perpindahan ini dibuat secara bertulis, tetapi mereka tidak menetapkan bila tarikh berkuatkuasanya arahan tersebut.

"Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) pula telah mengarahkan kita keluar daripada balai raya bila-bila masa sahaja yang mereka suka," katanya lagi.

"Mujur dengan adanya pembiayaan wang ehsan nasib anak-anak ini terbela. Kita telah menyewa dan mengubah suai premis yang bersesuaian.

"Setiap pengubahsuaian bagi satu premis menelan belanja sebanyak RM14,000 hingga RM15,000," katanya.

Beliau berkata, jumlah perbelanjaan untuk proses mengubahsuai mencecah RM2.02 juta, manakala kos penyewaannya sepanjang tahun lepas berjumlah RM908,800.

"Apa yang menjadi persoalannya sekarang mengapa sebahagian besar balai raya-balai raya yang telah diambil oleh mereka ini tidak digunakan seba­liknya ia terbiar dan ada di antaranya telah ditumbuhi dengan pokok-pokok renek dan lalang," katanya.

Azeman berkata, boleh dikatakan setiap kawasan Parlimen di seluruh negeri mempunyai balai raya yang terbiar dan sudah semesti­nya tindakan kerajaan Pas sebelum ini merupakan satu pembaziran dan merugikan masyrakat.

"Saya amat terkilan dengan keadaan ini. Masa mereka mahu mengambil balai raya ini macam-macam tindakan mereka ambil semata-mata menyuruh kita keluar terma­suk tindakan yang agresif.

"Selepas mereka berjaya mengambil balai raya ini mereka tidak gunakan pula. Masa kita disuruh pindah dahulu pula pelbagai alasan diberikan seolah-olah mereka mahu menggunakan sepenuhnya balai raya ini, tetapi hakikatnya mereka tidak menggunakannya pun," katanya lagi.

Beliau menegaskan, pendi­dikan merupakan hak umum dan kanak-kanak berhak mendapatkannya tanpa ada campur tangan politik.

"Tabika Kemas terbuka untuk semua tidak kira anak ahli Pas, anak ahli Umno atau anak mana-mana ahli parti politik yang lain. Mereka berhak mendapat hak ini.

"Dan tidak sewajarnya bagi kita mencampuraduk­kan hak mereka ini dengan sentimen politik yang akh­irnya akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,"

No comments:

Post a Comment