Nuffnang

Friday, March 15, 2013

Iklan TUKAR AGAMA laluan MURTAD



Tadi berdialog di gereja st michael Alor Star. Sambutan mengalakkan mereka mahu dialog lagi pd masa akan datang. Terimakasih rahman kerana menjayakan temujanji ini bersama vincent. Status sebentar tadi di laman Facebook beliau.

Kesan terhadap kekerapan masuk keluar untuk ''talk'' bukanlah sesuatu yang positif bagi umat islam terutamanya anak muda,Sebelum ini pihak kami banyak menerima pandangan dari anak muda yang gemar akan idea Mujahid tentang kebebasan memilih agama.Tanpa penjelasan yang tepat dan sukar untuk mereka fahami mereka ini sudah menganggap rumah ibadat seperti gereja adalah rumah ibadat yang tidak langsung boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka.Ada yang tertanya kenapa sesetengah ulamak atau ustaz yang melarang mereka menjejakkan kaki ke gereja sedangkan pemimpin PAS iaitu Mujahid rawa kerap keluar masuk untuk berdialog walau tiada berita penganut kristian yang menyertai sesi dialog itu memeluk islam.Persoalan demi persoalan yang gagal dijawab oleh ulamak atau penat untuk menjawab hanya memberi kesan buruk kepada anak muda kita pada hari ini.Malah kritikan yang dikeluarkan bagi sesetengah pihak untuk menangani isu kebebasan memilih agama dianggap fasis.Kita perlu risau akan ancaman ini bukan kerana tarbiah untuk memurtadkan kita tetapi tentang pendedahan yang amat bersikap keterbukaan terhadap atau mesra berkaitan kristian dan rumah ibadat iaitu gereja.Mereka membuka ruang mengalu-alukan kedatangan umat islam ibarat ''selamat datang'' walau sudah pun kita mengetahui angka murtad dinegara kita semakin membengkak.Penjelasan dan dakwah harus diperkukuhkan lagi bukan berdialog di gereja yang memberi contoh buruk kepada anak muda kita yang kini makin keliru tentang agama islam.Apabila kekerapan masuk keluar gereja oleh pemimpin kita tanpa menjelaskan apa yang berlaku ianya umpama iklan mempromosikan agama kristian  -BEBAS-



No comments:

Post a Comment