Nuffnang

Monday, March 25, 2013

DAP guna lambang PAS pru13-Matlamat menghalalkan cara


PAS mengalu alu kan penggunaan lambang PAS digunakan oleh DAP sekiranya  Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan parti DAP  menjelang PRU13 disebabkan kegagalan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.Mereka mendakwa ini adalah Konspirasi BN yang mahu menjatuhkan mereka.Tuduhan tidak berasas ini tidak boleh diguna pakai ini kerana apa sahaja halangan yang mereka hadapi bagi menjelang Pilihanraya ke 13 ini sebolehnya akan mendakwa dan menuduh BN walau apa jua permasalahan yang mereka hadapi walaupun berhadapan dengan kesalahan UNDANG-UNDANG.Polis juga dipolitik oleh mereka dan apa sahaja.PAS akan melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat melihat BN jatuh tidak dikira walau apa jua cara.Mereka lupa atau pejam mata apa perjuangan DAP bagi memastikan mereka (DAP) akan merosakkan ISLAM dan BANGSA melayu.Di bawah ini kami ingatkan kepada mereka yang terlupa atau tidak pernah tahu apa DAP telah perjuangankan supaya kita MELAYU bakal menjadi ''TETAMU'' di bumi sendiri kelak.:



(1) 27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya­ dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil.

(2) 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP.

(3) DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang

( 4) Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009.

(5) 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).

(6) DAP menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

(7) 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN.

(8) 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kann­ya di hadapan Sultan Johor.

(9) 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

(10) 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.






1 comment:

  1. HAHAHAHAHA geng UMNO rupanya hipokrit....pung pang kutuk PAS dulu, sekali dia pula yg gi jilat hahaha.....UMNO cuma gila kuasa bukannya perjuangkan ISLAM MELAYU PUN.

    ReplyDelete