Nuffnang

Friday, March 29, 2013

Cerita Bapa Ibrahim Libya dan OCPD Baling




"Bunuh! Bunuh! Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Pisau pisau panjang, golok-golok, buluh-buluh runcing serta batang-batang kayu yang semakin menggila bersimpang siur mengelilingi saya. Beberapa batang lastik pula sentiasa diarahkan ke wajah saya. Tolakan atau singgungan yang paling lembut pun sudah cukup membuatkan beberapa butir peluru lastik tersebut terbang ke arah saya dengan  bunyinya yang bersiungan. 

Ini sepatutnya cuma satu rondaan rutin yang biasa, sekadar mahu memandu melewati ceramah politik umum oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan sendiri undang-undang terus dihormati dan keselamatan awam pula terkawal. Anak-anak buah yang lain pula sedang menjalankan tugas mereka, mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan para hadirin. 

"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!"

Sebatang dahan pokok sedang ditarik melintasi jalan. Saya bersama sama rakan sepasukan kini sudah terperangkap. Malah pintu kereta pun tidak dapat dibuka langsung. Sekurang-kurangnya seramai 200 orang lelaki telah mengepung kereta peronda yang saya naiki, yang terus menerus dipukul dan dihentam dengan segala senjata sambil mereka melaungkan bermacam-macam ugutan. 

Sebilah pisau panjang muncul tak sampai satu kaki pun jaraknya dari tingkap saya yang terbuka. Dengan harapan dapat mengejutkan para perusuh tersebut agar kembali waras, saya pun menghulurkan lengan keluar lalu menampar sisi pintu kereta dengan sekuat-kuatnya. " Bertenanglah. Apa masalah ini?"

"Pulangkan balik senjata kami kalau tidak kami bunuh!' jerit seseorang. Para perusuh menangkap katanya dan jeritan mereka makin bergempita.

"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!' kemudian diikuti pula oleh satu hinaan yang tidak menyenangkan langsung. "Kami mati syahid, hangpa mati katak!"

Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim
OCPD Baling
Ceramah Politik Umum PAS
Kampung Memali, Baling, Kedah
20 Oktober 1985 / 8.00 malam

No comments:

Post a Comment