Nuffnang

Friday, March 22, 2013

BYE BYE-PKR 97 kerusi, PAS 67 kerusi



Pembahagian kerusi dalam kompenan BN telah selesai dan mencapai permuafakatan biarpun ia melibatkan 13 kompenan parti.

“Dalam BN ada 13 kompenan parti yang tentunya melibatkan 13 orang Presiden yang terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai agama, etnik berbeza dan budaya berlainan tetapi atas semangat kebersamaan dengan kesatuan dalam kepelbagaian maka agihan kerusi untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlangsung lancar,” kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Dalam hal ini beliau meminta rakyat membuat penilaianan dan membandingkan apa yang berlaku antara BN dan pakatan pembangkang.

“Bayangkan, dalam pakatan pembangkang hanya ada tiga sahaja parti iaitu PKR, Pas dan DAP tetapi mereka berdepan dengan banyak kemelut walaupun menafikan kononnya tidak berdepan dengan masalah tetapi insiden di Sabah, Johor, Kedah dan beberapa negeri lagi sudah mendedahkan apa yang berlaku.

“Dalam BN semuanya diselesaikan melalui rundingan dengan mengutamakan semua parti tanpa melihat kepada keanggotaannya biarpun ia adalah parti yang terkecil tetapi atas semangat konsensus, penglibatan semua pihak diambil kira,” ujarnya.

Jelas beliau, keadaan tersebut tidak berlaku dalam pakatan pembangkang kerana para pemimpinnya mengutamakan kuasa, kedudukan dan pangkat malah mereka masing-masing mahukan kerusi yang lebih atas keyakinan kononnya akan menang besar dan berdasarkan kepada keputusan PRU ke-12 lalu dan seterusnya parti mana yang mempunyai bilangan kerusi yang lebih maka mereka ini mempunyai kelebihan.”

Pada PRU 2008, PKR mendominasi jumlah kerusi dalam pakatan pembangkang apabila bertanding di 97 kerusi dan menang 31 daripadanya dan DAP bertanding di 47 kerusi dan menang 28 sementara Pas yang bertanding 66 kerusi hanya mampu memenangi 23 sahaja.

“Parti-parti pembangkang cuba meniru apa yang dilaksanakan dalam BN apabila membentuk satu pakatan dalam pilihan raya tetapi malangnya ia tidak dapat mencapai satu matlamat nyata sebagaimana BN lantaran idealogi dan hala tuju antara ketiga-tiga parti terbabit amat berbeza.

“Realitinya, BN melaksanakan kesepakatan bukan untuk kedudukan dan kuasa semata-mata tetapi apa yang paling penting adalah kedudukan rakyat dan negara ini sebagaimana gagasan yang dimanifestasikan oleh Datuk Seri Mohd Najib, 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.”

Tegasnya yang juga Setiausaha Agung UMNO, biarpun konsep 1Malaysia baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam tetapi secara tidak langsung ia adalah konsep yang telah lama direalitikan di negara ini dan Datuk Seri Mohd Najib menghidupkannya agar rakyat tidak lupa bahawa Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, pelbagai budaya dan pelbagai agama.

“Dalam soal pembahagian kerusi, BN sentiasa mengambi kira kepentingan keseluruhan rakyat demi kesinambungan masa hadapan dan kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang berkaitan hal ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana matlamat antara mereka adalah pangkat, kedudukan dan kuasa.

“Kita kenal siapa pemimpin dalam pakatan pembangkang yang kebanyakannya adalah orang-orang kecewa yang dulu gagal mendapat tempat semasa berada dalam BN sebagaimana Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Chua Jui Meng bekas Menteri dan Pas juga dulu adalah bekas kompenan parti dalam BN.”

Tambahnya lagi, sebagaimana parti yang lahir dari istilah orang kecewa maka tentunya apa sahaja yang dilakukan adalah berasaskan kepada sakit hati, iri hati dan angkuh hati terhadap BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini.

No comments:

Post a Comment