Semalam jam 9.30pagi rakan #Pbr ternampak kelibat sekumpulan penyokong pas yang diketuai Mujahid ke pasar pagi parit buntar menagihkan limau kepada kaum cina sempena gongxifacai.Beliau ditemani bersama ketua kelab penyokong pas cina parit buntar dan Hamdan dan ramai lagi kata rakan #Pbr.Inilah pertama kali rakan #Pbr nampak Mujahid ini depan mata di Parit buntar sebelum ini hanya di dalam media maya atau sebagainya.Seperti biasa situasi ini berulang hampir pilihanraya datang berkunjung ke pasar malam dan pasar pagi.Kagum sebenarnya rakan #Pbr melihat Mujahid ini depan mata maklumlah pemimpin ditempat sendiri yang terlibat dalam penyokong kebebasan melayu memilih agama dan soal penggunaan kalimah ALLAH yang boleh dipersetujui oleh beliau untuk diguna pakai untuk yang bukan islam.
Sibuk ditempat orang berbanding tempat sendiri itu yang sesuai diperkatakan tentang pemimpin PAS Parit Buntar ini hinggakan masyarakat disini hanya mengenali nama beliau sahaja tidak kenal rupa beiau macam mana.Tidak mengapalah sempena Gongxifacai ini beliau patut turun padang untuk mengambil hati pengundi cina walaupun 3tahun lepas di bazar ramadhan dikatakan oleh pembantu beliau ''kita ada sumbang kurma''untuk orang disitu.#Pbr sedapkan hati walaupun bohong #Pbr tidaklah mengambil kisah kerana hanya kurma untuk dipertikai.pembantu Mujahid mungkin tidak kenal siapa yang bertanya kepada dia.beliau adalah peniaga di bazar ramadhan itu sendiri.Untuk masa yang akan datang #Pbr menasihatkan tidak perlu berbohong untuk menutup kesalahan sangat kecil ya sangat kecil tak perlu berbohong ini soal yang sangat remeh.Sama-sama kita lihat Mujahid akan rancak kebelakangan ini di Parit Buntar bagi persiapan PRU13 ini ia situasi biasa bagi menjelang pilihanraya.
No comments:
Post a Comment