Nuffnang

Sunday, February 3, 2013

Dr Zambry ke Parit Buntar



PARIT BUNTAR 1 Feb Majlis Gerak mesra Parlimen PARIT BUNTAR bersama MB Perak iaitu Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir bertandang ke sini semalam.Lebih 4,000 penduduk Parit Buntar datang hadir bagi meraikan pemimpin no 1 perak itu di sini.Beliau kagum dengan penyokong Barisan Nasional disini dengan semangat yang ditunjukkan dibawah kepimpinan BN setakat ini.
Seperti biasa sebelum beliau memberi ucapan Pemimpin yang disegani disini Cikgu cop atau Yb salleh selaku Pemangku Ketua Bahagian Umno Parit Buntar memberi sedikit ucapan kepada anak muda dan masyarakat disini ''Kita tidak mungkin sesekali menggadaikan maruah bangsa dan juga agama demi kepentingan politik,biar putih tulang jangan putih mata'' dengan lantang beliau memesan kepada masyarakat yg hadir disini.kata beliau lagi ''kita (umno) telah menegaskan akan melawan mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesejahteraan negara ini hingga ke titis darah yang terakhir''Ucapan beliau diakhiri dengan sorakkann yang begitu padu dari masyarakat yang hadir.
                                                 Cikgu cop atau Yb Salleh memberi ucapan
                                                                       Dr Zambry

Menurut Dr Zambry beliau tidak pernah kecewa apabila datang ke Parit Buntar kerana masyarakat disini yang sentiasa mengharapkan BN dapat merampas dan mentadbir semula Parit Buntar dari parti PAS.Ini yang diharapkan masyarakat Parit Buntar yang sudah muak dengan mainan politik dari parti PAS yang menggunakan agama sebagai tiket politik kata salah seorang peserta disini.Dr zamry berkata lagi ''lupakan mereka yang tidak menepati janji kita perlukan 1 pertadbiran yang baik bukan pembohong''.Beliau juga sempat mengulas tentang isu debat yang ditawarkan oleh pihak pembangkang dan beliau hanya menyifatkan ''itu hanya buang masa''.selain itu Dr zamry meminta masyarakat disini memberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada BN pada PRU13 ini bagi menerajui negara demi keamanan dan kesejahteraan bersama.



No comments:

Post a Comment