KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Dulu perokok sekarang penerima bantuan BR1M yang kena.Perokok disamakan seperti haiwan penerima BR1M pula lembu.Memang benar tentang perokok bagi mereka (ahli pas) yang tidak merokok seperti dia tetapi yang perokok memang rela disamakan haiwan.Tetapi beliau sama sekali tidak sepatutnya mengeluarkan perumpamaan bagi penerima BR1M baru-baru ini seperti binatang juga.
Pening dibuatnya dengan kenyataan nik aziz ni.Semenjak pemberian BR1M ini dilancarkan ia memberi modal besar kepada parti pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka seperti rasuah dan sebagainya.Ada pula yang mengakui kekuatan mereka memBANGKANG sehinggakan BR1M terjadi hingga hampir kesemua ceramah diakhir-akhir ini mereka juga berpesan ''mereka bagi kita ambil lawan tetap lawan''.Tetapi yang memburukkan keadaan lagi apabila Nik Aziz menyamakan masyarakat yang menerima BR1M tidak ubah seperti AYAM dan LEMBU.Ahli Pas juga mengakui kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana faktor umurnya dan #Pbr bersetujui dengan alasan itu hingga terlupa meletak jawatan sebagai mana yang dicabar oleh Nik Aziz kepada Tun Mahathir mohammad dulu.
P/s: Untuk menyedapkan hati mereka yang datang dari ahli Pas yang menerima BR1M #Pbr menyarankan supaya YB Pas disekitar masing-masing supaya menyedapkan hati bakal pengundi Pas menjelaskan bahawa Nik Aziz berkata bahawa yang layak merima bantuan ini rata-rata lahir pada tahun AYAM dan LEMBU
Ini Mungkin..
No comments:
Post a Comment