Nuffnang

Wednesday, January 16, 2013

Shafie Afdal di Parit Buntar dan kisah benar




Sebelum ini #Pbr dimaklumkan dengan kehadiran shafie afdal datang ke dewan parit buntar. Kami dimaklumkan oleh blogger pro pakatan sambutan sangat hambar dan diboikot habis-habisan oleh masyarakat disini.Dengan gambar yang bertajuk 'Tranformasi kerusi di Parit Buntar'.

Begitu Nazak Barisan nasional di Parit Buntar sangat ketara bila diberitahu sehingga jam 3 petang tiada masyarakat yang datang hadir bagi menerima bantuan atau menyertai program ini.Sejenak terfikir apakah betul apa yang ditulis oleh mereka?Apakah benar apa yang diperkatakan?#Pbr  selak menyelak kepada mereka yang tahu tentang program disitu.maka hasilnya begini.




Syabas! Dan teruskan usaha cari gali ini #PBR ucapkan ribuan 'THANK YOU' kepada mereka yang sudi memberi gambar diatas.kerana kebenaran harus dijuangkan dan FITNAH sangat murah ketika ini.Ini di Dewan Merdeka Parit Buntar.Program Amanat Tahun Baru 2013  dihadiri oleh Shafie Apdal,Turut hadir,Zainal Abidin Osman dan bersama-sama saf-saf kepimpinan UMNO bahagian Parit Buntar yang diterajui oleh Yg. Bhg. Mohd Salleh Md Disa.

# PBR anggarkan lebih dari 2000 hadirin yang hadir termasuk yang diluar mereka terdiri daripada Pengerusi JKKK, ketua kampung, ahli Jkkk dan Tok Batin yang datang dari daerah utara Perak hadir bagi mendengar amanat untuk memperkasakan pentadbiran di peringkat JKKK disamping untuk terus mendampingi dan mengambil berat permasalahan rakyat di peringkat akar umbi. Semua ini harus dilakukan kerana ini kerja mereka untuk terus subur dan mekar di hati rakyat.

No comments:

Post a Comment