Nuffnang

Wednesday, January 16, 2013

Majlis Syura Ulamak Bodoh?

 Keputusan Majlis Syura PAS, 13 Januari 2013

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia



Hadi Awang tetap benarkan kalimah Allah diguna oleh bukan islam walaupun Majlis Syura Ulamak telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan tersebut.Nik aziz juga bersetuju dengan pendapat Hadi awang.Apa ni?Mat sabu telah tarik balik kenyataan dan mengikut kata sepakat Majlis Syura Ulamak.Apakah ini 1 kenyataan peribadi untuk meraih undi bukan islam?Atau pendirian mereka?Apa akan jadi jika Hadi awang dan nik aziz hanya sebulat suara dengan Majlis Syura Ulamak dan tiada pendapat peribadi membenarkan penggunaan kalimah tersebut kepada non muslim?

PAS sewajarnya jadi ketua dalam hal melibatkan agama di dalam pakatan lantang dan tegas itu yang diharapkan.Apa kerisauan jika PAS jika tidak bersetuju dengan Guan Eng?Anwar dan Lim kit siang?Bagi pendapat #Pbr itu hanyalah 1 kenyataan yang berunsurkan politik,takut,hipokrit terpaksa berlaku demi menjaga hubungan politik PR.PAS seolah terdesak hingga sanggup menggadaikan maruah Agama Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.Malah sejak PAS hadir sama didalam pakatan rakyat parti PAS sangat kerap berbalah sesama mereka.Ini isu jaga Hati ya isu jaga hati lagi sekali diulangi ISU JAGA HATI.Apapun jelas dimata #Pbr strategi yang dipraktikan untuk memenangi PRU13 hanya berslogankan 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'


No comments:

Post a Comment