Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Salleh Man yang menafikan penglibatan Pas dalam demonstrasi di Masjid Simpang Enam dan Komtar.
Sementara itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri berkata, walaupun beliau masih lagi ahli Pas namun kehadirannya pada bantahan itu adalah sebagai Penyelaras JMPP.
Apa yang sudah jadi kepada parti ini? Siapa yang menghalalkan penggunaan bendera Pas disitu? Apakah sebenarnya perjuangan yg dibawa 'Islam'? atau hanya lantang dalam keadaan yang dikawal oleh Guan eng? atau lantang mereka dalam keadaan berjaga-jaga atau ketakutan? Kenapa Salleh Man sangat bersungguh menafikan penglibatan parti Pas dalam demo bantahan isu menggunakan kalimah ALLAH S.W.T? Mengapa Mohamed Hafiz dipersalahkan dalam demotrasi itu?
Demonstrasi itu dianjurkan hanya bertujuan menggesa Guan Eng menarik semula dan meminta maaf ke atas kenyataannya yang menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan ALLAH S.W.T.
Mungkin kenyataan Salleh Man hanya untuk menjaga hati pemimpin tertinggi DAP itu.Jika benar maka kita boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh parti Pas di pulau pinang.Menjaga Hak Islam atau Hak perjuang Politik semata.
P/s:Bangkit kepada perjuangan Asal
No comments:
Post a Comment