Nuffnang

Tuesday, January 22, 2013

Kenali Penghasut di Alor Pongsu (ceramah)

 #Pbr tertarik dengan satu ceramah di alor pongsu semalam yang menjemput adam adli sebagai tetamu khas.Kedatangan #Pbr di ceramah tersebut bukanlah tertarik dengan undangan khas tersebut tetapi Mustafa kamil ayub.Kenapa Mustafa Kamil?Cerita beliau agak menarik sebenarnya dalam dunia politik.walau bermasalah beliau tetap bertahan.Mari #Pbr terangkan siapa individu klon anwar Ibrahim ini.Semasa beliau belajar di UKM tahun 1986, Mustaffa menjadi pemimpin mahasiswa UKM yang beliau disifatkan sebagai pelajar anti-establishment namun bertukar menjadi pro-kerajaan semata-mata mengikut arah tuju Anwar Ibrahim.Beliau Dulu pernah menyertai UMNO bukan kerana perjuangan UMNO, tetapi melihat ruang politik yang boleh dibuka oleh Anwar untuknya di dalam UMNO.
Agak istimewa Mustafa kamil kerana beliau sangat meminati anwar ibrahim hingga cara,gaya cara bercakap tak ubah seperti anwar ibrahim dan ini penyamaran sempurna. Kini beliau bekerja keras lagi apabila menjelang PRU13 yang boleh berlaku dalam masa terdekat ini.Semalam beliau hadir ke alor pongsu untuk menghasut masyarakat disitu walau pernah kalah beliau tetap akan hadir disitu walau masyarakat disitu sudah masak dengan perangai beliau.Ceramah tersebut disekitar rumah ahli pkr dengan panggilan 'tan kuda'siapa yang tidak kenal tan kuda ini? malah masyarakat sudah mual dengan sikap tamak dan penyelewengan wang bajet untuk apa-apa majlis atau program disitu.Beliau juga sempat berucap sedikit dengan memesan kepada masyarakat disitu dengan berkata 'cerita lama kita lupakan,buka cerita baru'

2010 beliau (Mustafa kamil) juga hadir di alor pongsu bersama anwar ibrahim iaitu idola beliau yang tidak mungkin sama sekali akan melepaskan peluang tersebut untuk hadir sama.sejak itu #Pbr tertarik dengan cerita si mustafa kamil ini.Banyak kata putar belit yang dikeluarkan dari mulut beliau 1 contohnya ceramah pada tahun 2010 di alor pongsu beliau mengatakan seramai 6000 masyarakat yang hadir dan ini penipuan dan tidak benar sekali.Mungkin kerana ketiadaan pakar matematik pada ketika itu beliau membuat anggaran sendiri.Bukan masalah angka untuk dijadikan masalah negara tapi kenapa harus menipu kepada media mereka.Ini jelas strategi politik angka sudah lama diikuti oleh beliau yang belajar dari anwar ibrahim.

Jelas sekali beliau ini adalah pemimpin yang bermasalah dari dahulu hingga kini.Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak tetapi hambar pkr perak dihujani beban masalah.Pada tahun 2004 Mustafa kamil pernah bertanding di Dun Bukit Chandan dan Parlimen lumut.Selepas beliau menjadi ketua Bahagian dalam PKR di kuala kangsar dan tiada apa yang mampu beliau lakukan hinggakan masyarakat disitu bosan dengan sikap beliau yang lembap.Beliau hanya gemar turun padang sekiranya ada majlis rasmi yang membolehkan beliau meraih publisiti media.Tahun 2008 beliau ke Pasir salak bertanding di Parlimen Pasir salak dan Dun sungai manik beliau tewas dan hilang terus selepas tewas.Mustafa Kamil langsung tidak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak sepanjang penglibatan beliau didalam PKR Perak.Pendek kata 'Tiada jasa beliau dalam PKR' Hanya yang nampak beliau bijak berceramah dan pakar membodek Anwar Ibrahim dan ini dipersetujui oleh ahli pkr sendiri yang juga menyatakan kes beliau di terengganu seperti mana rakyat sarawak tidak mahukan beliau tetapi dapat juga kerana atas desakan atau lobi beliau kepada anwar ibrahim .Ini suara Ahli Pkr sendiri yang tidak mahukan Mustafa Kamil yang jarang ditemui walaupun mereka ahli kuat parti.Hanya yang baru kenal akan Mustafa kamil ini akan tertipu dengan taktik lama beliau.

Pandangan #Pbr tentang topik ceramah tersebut ia hanya ceramah biasa tiada isu tempatan hanya isu lapuk isu yang sudah dijawab dan isu yang sudah diselesaikan.Hanya yang menarik hanya loyar buruk,pantun jenaka,saudagar cina berfatwa dan ustaz Pas memaki hamun yg sedikit ugutan dan mencarut 'balak saya adalah' hanya itu yang menarik diceramah ini.Hanya najib dan zamry disebut-sebut dalam ceramah ini tidak langsung nama pemimpin Bn tempatan (Alor Pongsu).Ini menunjukkan dibawah kepimpinan Bn disitu tiada masalah dan mereka diberi kepercayaan oleh masyarakat Alor Pongsu.TAHNIAH!!

Gambar sekitar ceramah :

                                                       Unit Amal 'junior' sedang bertugas
''Saya bukan jutawan saya masih berselipar dan menggunakan bas ting-ting'' NAVARA+DRIVER
                                                          Adam adli dan Mustafa Kamil
                                                                    Adam adli berucap
                                     Gambar 2010 di alor pongsu yang dikatakan 6000 hadir

No comments:

Post a Comment