Nuffnang

Tuesday, January 15, 2013

#HKR #KL112 (Kami nampak kami tulis)


12hb Januari 2013 - Himpunan kebangkitan rakyat atau #HKR berlangsung di stadium merdeka kuala lumpur.Himpunan kebangkitan rakyat ini telah berakhir dengan aman sekali tanpa ada provokasi yang terjadi diantara pihak sendiri atau polis.Pihak sendiri atau polis? Apakah benar provokasi yang berlaku 3.0  disebabkan polis atau pihak sendiri?

#Pbr sendiri hadir ke #Hkr bagi mendapatkan pencerahan sebenar apa sebenarnya yang berlaku.Semasa dalam perjalanan di atas highway ramai saudara berpusu ke kl bagi menghadiri #HKR ini.Amat jelas mereka seorang pejuang rakyat dengan semangat yang membakar bakar diri walaupun jarak perjalanan didalam 150km lagi mereka sudah pun melaungkan slogan-slogan tuntutan mereka.Singgah ke RnR #Pbr sempat berborak dengan salah seorang peserta #HKR.katanya beliau berasal sungai bakap pulau pinang mereka menaiki kenderaan sendiri hanya diberi wang sedikit untuk kos 1 kereta.

#Pbr difahamkan dari beliau mereka juga mengantar konvoi dari kampung membawa sebanyak 30 biji kereta.lagi makluman beliau 2 biji bas 1 biji bas dari jawi dan Parit buntar 2biji bas yang dibiayai oleh Mujahid rawa yang datang dari Parti PAS.sahihnya kenyataan beliau hanya mereka yang menaiki bas tersebut.Ada diberi wang belanja dan ada juga fisabililah.Sejauh mana kebenaran itu hanya yang memberi dan tangan yang menerima wang itu saja yang tahu akan kebenaran tersebut berlaku.Bagi pendapat #Pbr mereka yang sanggup hadir dengan berbelanjakan wang poket sendiri ialah 1 sifat harus dipuji maka yang menaiki bas dan menerima wang belanja harus dikeji tanpa ada ruang alasan diberi.Mereka hanya mengisi ruang,penuhkan celah atau seangkataan perkataan yang menjengkelkan.

Setibanya #Pbr di sekitar stadium pada jam 1.30 ptg sudah ramai yang berkumpul disitu sementara menunggu pemimpin mereka hadir.Sorang demi sorang perarakan yang diwakili pemimpin mereka berarak masuk ke pintu stadium #Pbr hanya sempat melihat YB Nizar dan A.samad said berarak masuk ke pintu stadium yang lain-lain tidak sempat dan terlepas pandang.Dari hasil pemerhatian dan cakap-cakap orang ramai yang datang semua kebanyakkan penyokong dari parti PAS ia BENAR sekali.#Pbr menyatakan kumpulan negeri kelantan menguasai stadium merdeka pada #Hkl ini.80% datangnya dari Parti PAS yang selebihnya DAP dan PKR.Manakala 90% yang berbangsa Melayu selebihnya cina dan india.Tiada kesesakan lalulintas Tiada jalan yang ditutup hanya situasi biasa wargakota menjalani kehidupan.Sebelum ini 3.0 menampakkan keadaan yang padat,keadaan yang sesak tapi untuk #Hkl ini hambar?atau juga provokasi?

Keadilan Daily menyatakan perhimpunan tersebut berjaya dihadiri seramai 300,000 umat manusia apakah benar? Harakah pula manyatakan 200,000 umat yang hadir aktivis politik isham menyatakan 500,000 umat,pdrm menyatakan hanya 100,000 dan pakar matematik pula mengatakan seramai 700,000 pula yang hadir.#Pbr menolak sekeras-kerasnya kenyataan Utusan melungai dengan memberi angka sebanyak 45,000 dan ini sangat menampakkan mereka menggunakan wartawan yg sudah uzur.#Pbr hampir setuju dengan kenyataan Malaysiakini yang mengeluarkan statistik yang hadir pada #HKR seramai 100,000.Setelah membuat rumusan #Pbr MENGATAKAN seramai 120,000 umat manusia yang hadir disitu.Apa yang #Pbr terfikir dengan angka 120,000 ini hanya populariti seorang ustaz pelawak iaitu ustaz azhar idrus di Malam Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam baru-baru ini.
5jam berada disitu pelbagai ragam manusia dapat dilihat.Ada yang beraksi,emosi,menghasut,menolak sistem diraja ada juga yang tidak tahu apa-apa tujuan.Apa yang menarik sekali ada juga yang bersedih kerana tiada kehadiran FRU ia menjadi topik besar disekitar luar stadium.Jelas sekali ini provokasi dari peserta itu sendiri.sangat kecewa apabila tiada kelibat FRU yang bertugas disitu.Jika ini fitnah #Pbr hanya mampu mengatakan 'Dengan nama ALLAH S.W.T' ini berlaku..Hanya polis biasa membuat rondaan malah dilempar kata caci maki seperti anjing dan sebagainya.Ada yang pulang awal sebelum tamat majlis kerana bosan dan tiada aksi yang diharapkan.Apakah ini Reformasi yang dilaungkan atau Revolusi hendaknya?Apakah Mengadakan KL112 atau HKR112 kali ini suatu kesilapan dari segi teknikal? Bagi #Pbr ia GAGAL.Mungkin iklan yang tidak berkesan,Mungkin hanya parti PAS bersungguh dengan perhimpunan ini atau protes parti seangkatan?Tak perlu sedapkan hati membuat gimik ANGKA dengan mempergunakan nada lantang bahawa #HKR ini BERJAYA.Tak perlu membohongi sesiapa malah terus terang itu lebih baik.Mungkin selepas ini Perhimpunan rakyat haruslah meminta bantuan dari Ustaz azhar idrus untuk membantu PR untuk himpunan rakyat yang lebih gandanya pada akan datang.



No comments:

Post a Comment