''Dr Novandri Disaman melalui blognya,pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.''
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman perang politik di Malaysia Diantara parti politik dan anak kesayangan mereka iaitu media.Pada sekitar 2002 kami #Pbr berhijrah ke kuala lumpur (Taman Miharja) Sebagai tetamu baru di kuala lumpur kami bekerja tanpa pilihan dan apa saja peluang diberi akan diambil dengan pantas asal dapat sedikit wang.
Biar 30hari bekerja hasil gaji amatlah cukup-cukup makan tiada simpanan pun tak mengapa asalkan dapat duduk KL.Bila bergaul dengan seorang demi seorang kita telah dikenalkan dengan seorang hamba Allah yang jahil lagi pelik ini.Walau pelik beliau mempunyai akal cerdik lagi bijak dan mampu untuk dibanggakan.siapakah beliau?Tak disebut kerana ini perjanjian dan maruah.Apabila kenal lebih rapat dan beliau sukakan aktiviti yang kami lakukan iaitu mural dan beliau menyarankan supaya kami mengikuti 1 media yang hingga hari ini masih hidup (untuk ahli sahaja)
Kehidupan disini penuh dengan gaya anarki dan kita selesa pada masa itu.Dasar kepercayaan yang diberi dan prestasi kami yang sangat gemarkan 'haluan kiri' mereka ini membantu kami dengan memberi kerja 'part time' sebelum ini kami buat kerja atas dasar hobi tetapi kini dibayar.apa hobi tersebut? iaitu memboikot sesuatu organisasi atau mana-mana badan tidak dikira siapakah mereka.Dalam beberapa demo boikot kami pernah membuat 1 demo untuk memboikot MCD dengan mengeluarkan medium iklan berupa 'stencil'yang mengutuk sekeras-kerasnya MCD di Malaysia ini dan hasilnya hambar apabila dicari polis.
Selepas mengikuti media (untuk ahli sahaja) kami rasa selamat dengan jaminan YB/DATO/ADUN/PEGUAM bahawa 'jika ditangkap kami akan turun dan keluarkan kamu,Jika ditangkap maknanya kamu berjaya.Dengan Yakin kami turun melakukan kerja yang diberi salah 1 isu pada masa itu adalah 'PLKN' Kami menyembur disetiap dinding yang berpotensi untuk tujuan Hotspot/Highlight.Mesej yang disampaikan kepada masyarakat apa keburukan PLKN dan lawan kerajaan.Apa yang terjadi pada hari ini kerjasama diantara pembesar Parti politik dan media mereka.Pihak Pembangkang sangat prihatin dan sayangkan anak media mereka ini walaupun mereka berbuat salah.Contoh 1 kes seorang rakan kami menunjukkan isyarat lucah kepada pegawai polis lalu tertangkap.Maka mereka menggunakan kepandaian untuk membela.Kes tersebut menang dimahkamah dan didapati tidak bersalah.saya berada ditempat kejadian bersama.Apa yang lebih membanggakan kami berjumpa dengan pegawai polis tersebut lalu ketawa berdekah-dekah dan ucapan 'padan muka'diberikan.
Food not bomb adalah label yang tidak lekang dari jiwa pada masa itu.Tidak cukup dengan itu kami telah meminta pihak media untuk menerbit kan buku undang-undang untuk memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh 'how to fight police b****d'(red book) Dan diedarkan secara percuma.Tidak dinafikan kita perlu tahu akan hak kita bila berhadapan dengan penguatkuasa undang-undang.Apa yang menarik pihak media itu adalah pendorong kami untuk terus memberontak dan melawan arus.Berbeza dengan aktivis yang menyokong kerajaan.Mereka mudah digempar,Mudah diugut langsung tiada pembelaan.Situasinya sama sahaja tiada beza walaupun pihak kerajaan sudah menghalalkan media alternatif.Fenomena diugut digempar dan ditangkap adalah perkara yang akan berlanjutan.Maka aktivis yang menyokong kerajaan kamu harus akur kamu hanyalah anak tiri dan bukan sesiapa.tetapi saya hormati prinsip anda yang 'berjiwa tak gentar dengan ancaman sesisapa'
Apa yang berlaku diantara dr.mim dan khalid samad adalah menampakkan khalid samad seorang yang tidak releven lagi dalam politik.Benar dr.mim mengeluarkan gambar bersama salib dan apa yang yang terjadi dengan isa samad? Najib? Ada permohonan maaf atau kes saman? Khalid samad seperti kanak-kanak tadika.lebih tepat ialah PONDAN .
No comments:
Post a Comment