Nuffnang

Saturday, January 19, 2013

Amanat Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri hari ini hadir ke permatang pauh bagi menghadiri KONVENSYEN Tranformasi Ekonomi Melayu Pulau Pinang yang dianjur oleh Pribumi Perkasa Pulau pinang yang berlangsung di dewan utama uitm.Tibanya Tun M disini beliau disambut dengan menaiki kereta berkuda yang diiringi lebih 1000 orang berarak Tun M ke pintu masuk dewan utama.Hadir sama pada majlis tersebut isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah,Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa,Dato Seri Zahrain Hashim MP bayan baru,Dato Ariff Omar Shah Adun Seberang Jaya.Antara pemimpin lain yang hadir ialah Porf Emeritus Tan Sri Dr Nordin Kardi, Ketua Penerangan PERKASA Ruslan Kassim dan mantan Ketua Pengarah EPU Tan Sri Sulaiman Mahbob.


Ucapan beliau lebih kepada memperingati dan menyeru rakyat supaya membuat pilihan yang tepat selain menyatakan rasa sifat kerisauan beliau terhadap PRU13 ini.Beliau mengingatkan pada bangsa melayu agar membuat sesuatu keputusan bukan berdasarkan emosi tetapi menggunakan logik akal agar keputusan yang dibuat adalah tepat untuk kebaikkan bangsa dan generasi yang akan datang.''kita akan menjadi taksub dan hilang pertimbangan jika menggunakan emosi dalam membuat sebarang keputusan'' kata beliau.''orang melayu sangat murah hati dan mempunyai sifat memberi tanpa memikirkan kesusahan yang kita hadapi.Kita (Orang melyu) mempunyai suatu perasaan serba salah jika tidak memberi apa yang diminta oleh orang lain,Perasaan ini tidak ada pada bangsa lain cuma kita (Melayu)'' kata beliau lagi.


Dalam ucapan itu Tun M juga menyarankan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Khas menyiasat kelayakan keturunan mereka yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair, mengekalkan identiti, bahasa dan budaya merea. Kemudian kita kongsi kuasa dengan mereka bukan pribumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga dan mengumpulkan harta. Orang Melayu tidak pernah meminta apa apa dari mereka”. “Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap tamak. Kita dianggap ‘rasis’ kata Tun M.


Sedikit sebanyak Tun M menceritakan sejarah penubuhan parti PAS yang menggunakan 'Islam' sebagai label yang senang menarik penyokong dan tidak boleh disoal kembali kerana menggunakan tiket 'Islam'“PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam. Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 10 kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman Putra ketika itu berkata ‘Kita hendak mentadbir orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British segera meluluskan parti baru ini. Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan orang Melayu, yang begitu pada ketika itu.''

“Kita fikirkan betul betul. Kalau kita undi selain dari UMNO/BN, percayalah orang Melayu akan hilang dari mukabumi ini”.

                                                    Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut hadir

No comments:

Post a Comment