Nuffnang

Tuesday, November 27, 2012

ulasan dari Anuar reform


Mungkin kot, bila PR memerintah
Written by Webmaster   
MONDAY, 26 NOVEMBER 2012

ULASAN HARI INI : Apa kelainan PR jika memerintah?
PR memerintah – apakah semuanya akan menjadi pulih, rasuah hilang, rakyat akan menjadi sejahtera, semuanya percuma – pelajaran percuma – kesihatan percuma dan harga barangan akan jatuh mendadak – petrol murah – harga rumah murah – kemiskinan terhapus  – barangan utama murah serta rakyat Malaysia akan segera berjaya dengan pencapaian Melayu dalam perniagaan akan sampai sama dengan kaum Cina.
Adakah itu semua akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Adakah Islam akan subur dengan perundangan Islam, hukum hudud terlaksana di samping agama lain mampu berkembang sama – menjamin kaum lain mendapat semua hak yang serupa dan keadilan tersanjung lebih tinggi dari apa yang ada. Adakah itu semua akan berlaku!
Adakah apabila Pakatan Rakyat memerintah maka jawatan Perdana Menteri akan hanya disandang paling maksimum 2 penggal, ahli dewan rakyat dan parlimen akan bersuara lantang demi rakyat atau masih mengutamakan hasrat kepimpinan parti atau lebih dahsyat lain – agenda peribadi individu yang diutamakan.
Adakah PR akan menjanjikan bahawa kemudahan infrastruktur jalan – percuma dengan semua tol dihapuskan, semua pekerja tidak didiskriminasikan, semua rumah setinggan akan jadi setidak-tidaknya apartmen dan pangsa puri sederhana dengan bil air percuma seluruh negara dan bil elektrik akan diturutkan demi kesejahteraan rakyat.
Adakah mungkin keseluruhan kepimpinan PR akan menjadi rakyat biasa – sama-sama hidup dengan cara murah dan tidak lagi membawa kereta mewah dan makan di tempat-tempat 5 bintang untuk sama-sama merasai kedukaan rakyat?
Mungkin mereka akan bebas rasuah – tidak mengeluarkan surat sokongan dan tidak memberi apa-apa kemudahan kepada keluarga – tidak kronis – tidak nepotisme dan paling penting tidak rasuah.
Mungkin pasti – sakit kronik akan di beri kemudahan perubatan secara percuma dan tidak akan ada sesuatu pun yang akan menekan kehidupan rakyat bawahan. Semua ruangan perniagaan bebas dimiliki dan semua bebas berniaga atas hak kita rakyat Malaysia.
Mungkin satu kabar baik untuk peniaga sewaktu PR memerintah – penurunan cukai dan semua negeri akan mendapat hasil minyak dalam bentuk isolasi mengikut negeri.
Mungkin semua ini akan berlaku sewaktu PR memerintah – mungkin atau terlampau idealistik untuk dipercayai. Berpijak di bumi yang nyata.   

No comments:

Post a Comment